logo
logo

    Courses

    Institutions

Peperiksaan SPM Ditunda ke Februari 2021 & STPM MAC 2021

Afterschool

Afterschool

November 8, 2020





Akibat peningkatan jumlah kes yang makin membimbangkan. Kementerian Pendidikan telah meminda lagi tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada 22 Februari depan. Manakala, Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula dianjak ke 8 Mac 2021.

 

 

 

Walau bagaimanapun, penjadualan semula peperiksaan awam tidak akan menjejaskan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam. Seramai 400,445 calon telah mendaftar untuk SPM tahun ini, manakala bagi SVM, 14,492 calon semester dua dan 8,371 calon di semester empat.

 

Bagi jumlah pendaftaran STPM pula, seramai 45,956 calon STPM bagi semester satu (Tingkatan Enam Rendah) dan 47,008 calon bagi semester tiga (Tingkatan Enam Atas). Jumlah keseluruhan calon STAM adalah seramai 7,996 orang.

 

ARTIKEL BERKAITAN

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background