Lebih 40 Ribu Pelajar dan Ibu Bapa Tandatangan Mohon KPM Batalkan Terus SPM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 19, 2021, 09:04 am

Semua sedia maklum berikutan peningkatan kes positif covid, sekolah yang sepatutnya dibuka di negeri-negeri yang berada dibawah PKPB dan PKPP telah dibatalkan. Bagi pelajar yang menduduki peperiksaan penting termasuk SPM, dibenarkan hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan.

Walau bagaimanapun, ramai pelajar tidak bersedia untuk menduduki SPM. Untuk menyuarakan rasa kembimbangan mereka, sebuah petisyen telah dilancarkan di change.org yang meminta penangguhan peperiksaan SPM 2020 yang dijangka akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang sebulan lagi iaitu pada 25 Februari 2021. Setakat jam ini, petisyen tersebut telah mengumpulkan 40,365 tandatangan yang mendesak SPM 2020 ditunda. Antara sebab tuntutan mereka adalah :

  • Kesihatan mental pelajar terjejas akibat proses pembelajaran secara online
  • Tahun persekolahan yang panjang sehingga kehilangan peluang untuk sambung belajar
  • Menanggung yuran tambahan selama 6 bulan akibat penangguhan SPM
  • Terdedah kepada bahaya covid kerana kes positif semasa yang makin meningkat dan sangat serius

 

 

Beberapa penyelesaian kepada tuntutan ini turut dikongsikan sebagai pertimbangan :

  • Keputusan ramalan dari sekolah dijadikan sebagai keputusan SPM rasmi (spesifikasi boleh disebutkan pada sijil). Sekolah boleh memberi keputusan ramalan atau keputusan yang menilai kemampuan pelajar berdasarkan keputusan sebelumnya yang boleh digunakan sebagai tawaran bersyarat sekiranya pelajar ingin memohon biasiswa atau kemasukan ke kolej dan universiti.

 

  • Kolej dan universiti boleh mengadakan peperiksaan kemasukan atas talian atau peperiksaan kelayakan untuk permohonan biasiswa. Peperiksaan Kemasukan (Entrance Examination) adalah kaedah untuk mendapat kelayakan ke pelbagai kursus peringkat sarjana, pascasiswazah dan profesion. Tujuan utama menjalankan ujian ini adalah untuk menilai kemampuan pemohon, tahapm pengetahuan dan sebagainya.

 

  • Pelajar dibenarkan mengambil semula SPM ulangan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi pada bila-bila masa. 

 

Tuntutan ini disertakan dengan contoh yang telah dilaksanakan di negara-negara lain yang membatalkan peperiksaan penting setara atau lebih tinggi daripada SPM seperti IGSCE, O-LEVEL dan A-Level. Jadi, apa pendapat anda adakah KPM akan mempertimbangkan tuntutan ini?. Untuk baca tuntutan penuh, boleh KLIK DISINI.

 

 

Tunda atau batal, pelajar tetap perlu menduduki peperiksaan. Setiap tahun kami kongsikan soalan ramalan SPM yang digubal oleh guru pakar berpengalaman dalam 10 subjek penting SPM. Untuk muat turun secara PERCUMA, boleh klik muat turun dibawah. Apa-apa pun semoga dipermudahkan dan semoga berjaya!.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail