Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 10, 2017, 05:48 pm
Terfikir hendak membuat pinjaman beli rumah/kereta atau melancong ke luar negara misalnya ke Boracay, New Zealand, Maldives tetapi nama telah di black list oleh PTPTN?. Hendak pergi ke Thailand pun tidak lepas inikan pula hendak ke Borocay, New Zealand, Maldives. Mimpi sajalah. Tetapi bagaimana jika kami katakan, anda boleh tamatkan penderitaan ini?. Dalam tempoh lebih kurang 30 hari, anda sudah boleh bebaskan nama anda daripada senarai hitam PTPTN. Bulan depan boleh rancang percutian maha mewah anda itu atau buat pinjaman peribadi beli rumah/kereta!. Bagaimana caranya?. (Untuk anda yang hendak semak senarai hitam PTPTN SILA KLIK DISINI)
Caranya adalah melalui pengeluaran akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN anda. Perkongsian ini sesuai untuk anda yang bekerja. Kepada yang tidak bekerja dan tidak pernah tahu apa itu akaun KWSP, anda boleh tadah “muka kesian” di hadapan ibu bapa masing-masing kerana mereka boleh menolong membayar hutang anda menggunakan akaun II KWSP mereka. Berapa jumlah yang boleh dikeluarkan?. Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman. Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.
Kelebihan Bayaran Balik Melalui Pengeluaran KWSP
Berbalik kepada kaedah pengeluaran, ramai yang mengetahui bahawa mereka boleh menggunakan akaun kedua KWSP ini untuk membayar hutang pendidikan TETAPI ramai sebenarnya tidak tahu jumlah sebenar hutang PTPTN mereka,bagaimana hendak semak jumlah duit yang ada dalam akaun kedua KWSP dan cara untuk mohon pengeluaran bagi menyelesaikan jumlah tunggakan yang ada atau kalau wang dalam akaun II anda melebihi hutang PTPTN anda, anda boleh gunakan ke semuanya untuk selesaikan hutang itu. Jika selesai semuanya, boleh dapat potongan 15 %!. Untung kan?
Tanpa membuang masa kami kongsikan langkah demi langkah sehinggalah nama anda BERSIH DARIPADA SENARAI HITAM berkenaan.
LANGKAH PERTAMA : SEMAK BAKI HUTANG PTPTN
Selesai menyemak baki hutang pinjaman PTPTN, langkah seterusnya adalah menyemak jumlah simpanan terkumpul dalam AKAUN II KWSP.
LANGKAH KEDUA : SEMAK JUMLAH WANG DALAM AKAUN II KWSP
Selesai semak jumlah simpanan KWSP, tiba masanya untuk keluarkan wang berkenaan bagi membayar hutang anda. Langkah seterusnya rujuk dibawah :
LANGKAH KETIGA : LANGKAH MENGELUARKAN WANG KWSP AKAUN II SECARA ONLINE
Nota:Anda diberi tempoh selama empat belas (14) hari untuk hadir di kaunter KWSP dari tarikh Mesej Sekuriti yang di hantar ke inbox i-Akaun dan tarikh akhir untuk proses pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) juga dimaklumkan melalui SMS. Jika anda tidak hadir dalam tempoh tersebut, permohonan akan dibatalkan secara automatik.
Tempoh Masa Proses Permohonan & Bayaran
Selesai membuat pembayaran, anda perlu berkunjung ke mana-mana cawangan PTPTN untuk membuat rundingan dan penstrukturan semula bagi tujuan membersihkan nama anda. Berikut adalah caranya :
LANGKAH TERAKHIR : CARA BERSIHKAN NAMA MELALUI PENSTRUKTURAN SEMULA PINJAMAN
Kepada mereka yang simpanan KWSP akaun kedua itu cukup untuk bayar keseluruhan hutang PTPTN maka bergembiralah TETAPI bagi mereka yang TIDAK CUKUP itu perlu hadir ke PTPTN untuk buat penstrukturan semula iaitu melalui PROSES RUNDING & BAYAR. Memandangkan anda telah bayar jumlah tunggakan itu walaupun tidak sepenuhnya, nama anda layak untuk dibersihkan dengan cara rundingan ini. Semasa rundingan ini, penstrukturan semula akan dilakukan iaitu jumlah bayaran bulanan yang WAJIB dibayar. Selesai penstrukturan semula nama anda telah DIBERSIHKAN.
Ramai yang risau mengenai kesan penstrukturan semula ini seperti mana dalam artikel kami sebelum ini. KLIK DISINI untuk baca artikel tersebut. TETAPI seperti mana yang kami katakan juga tidak semua bank akan berbuat demikian. Bank akan cuba sedaya upaya untuk membolehkan anda membuat pinjaman dengan mereka kerana ingin mendapatkan interest pinjaman, misalnya ramai sahaja yang lepas pinjaman MAYBANK, BANK RAKYAT. Jadi kenapa mesti risau. Tentu ada cara.
Nasihat kami, jika anda ingin membuat pinjaman bank selepas nama dibersihkan JANGAN buat pinjaman BELI KERETA/RUMAH tetapi PINJAMAN PERIBADI. Kenapa?. Rugi sahaja kerana anda bakal membayar dua interest iaitu interest pinjaman PTPTN dan interest PINJAMAN KERETA/RUMAH. Penyelesaian yang terbaik, selepas pinjaman diluluskan, langsaikan dahulu hutang PTPTN. Wang selebihnya boleh bayar beli kereta atau rumah (boleh beli rumah yang dilelong, harganya ada yang 50k ke bawah sahaja. Rajinkan diri usha di lama LELONG.MY atau MUDAH,MY). Hutang pengajian selesai, kereta/rumah pun dapat. Setiap bulan bayar hanya 1 sahaja pinjaman, nama pun BERSIH dan anda bebas ke mana sahaja. Kalau anda cerdik, rumah yang beli itu buatlah sedikit renovation, kemudian sewakan. Wang hasil sewa itu, boleh bayar hutang pinjaman peribadi!. Jadi anda TIDAK TERBEBAN DENGAN HUTANG!. Untuk anda yang berminat boleh KLIK PAUTAN SENARAI BANK DIBAWAH untuk semak syarat permohonan PINJAMAN PERIBADI dan jumlah yang boleh dipinjam:
Lain-lain BANK sila google sendiri la ye. Malas admin nak suapkan. Mudah sahaja kan?. Jadi apa tunggu lagi bebaskan nama anda daripada senarai hitam yang menyesakkan jiwa dan raga itu. Semoga tahun baru pada tahun hadapan membawa sinar baru dalam hidup anda. Boleh melancong ke luar negara, beli rumah, beli kereta secara tunai!. Selamat membayar hutang dan BEBAS HUTANG!.
Perlukan
bantuan?