PEMULIH :Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya MYFutureJobs untuk Graduan Baru, Lepasan Sekolah & pekerja Sektor Tidak Formal

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 29, 2021, 12:01 pm

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelan pemulihan covid negara selama 6 bulan selain bantuan yang diberikan sepanjang pelan pemulihan yang memberi fokus kepada agenda prihatin rakyat.

 

 

Selain golongan bekerja, berkeluarga kerajaan turut memberi ELAUN MENCARI KERJA kepada graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang tidak mempunyai caruman PERKESO. Jadi bagi anda yang berada dibawah kategori ini dan ingin mendapat elaun sekurang-kurangnya RM300 perlu mendaftar dibawah platform MYFutureJobs.

 

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran MYFUTUREJOBS

CARA DAFTAR MYFUTUREJOBS

  • Klik laman web berikut : MYFUTUREJOBS
  • Klik JOB SEEKER SIGN IN
  • Masukkan emel dan kata laluan, kemudian klik REGISTER
  • Skrin akan terpapar seterusn, klik terima terma dan syarat dan masuk ke portal MyFutureJobs dan sisten akan terus menunjukkan bahagian PROFIL. 

 

CARA LOGIN MASUK KE PORTAL MYFUTURJOBS

  • Sekiranya anda sudah membuat pendaftaran sebelum ini boleh ikuti langkah berikut:
  • Klik MYFUTUREJOBS
  • Klik JOB SEEKER SIGN IN dan log masuk mengunakan emel dan kata laluan yang telaj didaftarkan sebelum ini
  • Portal akan menunjukkan baagaian MATCH JOBS (padanan kerja). Anda boleh mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan bidang masing-masing

 

KAEDAH MENCARI PEKERJAAN DI PORTAL MYFUTUREJOBS

Anda boleh buat carian mengikut kaedah berikut:

  • Jenis jawatan MYFUTUREJOBS
  • Lokasi Kerja MYFUTUREJOBS
  • Nama majikan

 

CARIAN KERJA MYFUTUREJOBS MENGIKUT JAWATAN 

  • Klik MYFITUREJOBS, dan LOG MASUK ke akaun anda
  • Pada ruangan JOB TITLE OR SKILL, masukkan jenis jawatan yang ingin dipohon
  • Klik SEARCH dan akan terpapar jumlah jawatan yang ditawarkan
  • Maklumat lengkap berkaitan jawatan yang dipohon akan dipaparkan dan anda boleh pilih syarikat mana yang berminat untuk bekerja sesuai dengan kelayakan
  • Klik apply (mohon)

 

CARIAN KERJA MYFUTUREJOBS MENGIKUT LOKASI

  • Klik MYFITUREJOBS, dan LOG MASUK ke akaun anda
  • Pada ruangan STATE OR CITY, masukkan lokasi yang ingin dicari kerja
  • Klik SEARCH
  • Selain cara diatas, anda juga bileh terus klik pada bahagian negeri yang ingin anda bekerja
  • Terpapar jumlah jawatan berdasarkan lokasi yang dipilih
  • Pilih syarikat yang anda berminat untuk bekerja dan klik APPLY (mohon)

 

CARIAN KERJA MYFUTUREJOBS MENGIKUT MAJIKAN

  • Klik MYFITUREJOBS, dan LOG MASUK ke akaun anda
  • Pada baagian JOB TITLE OR SKILL masukkan nama majikan/syarikat dan klik SEARCH
  • Terpapar jawatan dan nama majikan. Pilih jawatan yang ingin dipohon dan klik APPLY (mohon)

 

Dengan perkongsian ini dapat membantu memudahkan anda mencari pekerjaan kelak. Anda boleh merujuk artikel panduan berkaitan dibawah untuk mencari pekerjaan. Semoga berjaya!

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail