Syarat dan Cara Tukar Universiti Awam IPTA ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 30, 2021, 10:10 am

Berita baik kepada anda yang berjaya ditawarkan ke universiti awam tetapi sebenarnya ingin sambung belajar dan program pengajian pendidikan di UPSI, anda dibenarkan untuk mengemukakan permohonan tukar universiti dan program pengajian di UPSI. Tanpa byang masa, kami kongsikan kongsikan syarat dan panduan tukar universiti ke UPSI. 

  • Berdaftar sebagai pelajar di mana-mana IPTA 
  • Permohonan dibuat dengan menggunakan borang (UPSI/AKAD1/847) melalui universiti asal
  • Penerimaan masuk perlu diperakukan oleh Dekan program yang dimohon di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
  • Pelajar yang memohon perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan program yang dimohon termasuk telah lulus ujian MEdSI dan temu duga untuk kemasukan ke program pendidikan
  • Pelajar hanya diterima bertukar universiti sekiranya telah diberi pelepasan oleh universiti asal
  • Pelajar yang diterima untuk bertukar universiti boleh memohon untuk pemindahan kredit

Oleh itu, pastikan anda terima tawaran UPU ke universiti yang ditawarkan. Jika tolak tawaran dan berniat untuk memohon ke IPTA yang diinginkan, maaf permohonan anda takkan dipertimbangkan kerana permohonan tukar universiti turut melibatkan universiti asal anda. 

Jadi, sekiranya anda ditawarkan program pengajian yang tak diminati, jangan risau terima tawaran dahulu kemudian nanti boleh mohon tukar program pengajian. Selain itu anda juga boleh mohon pertukaran ke universiti awam yang lain. Anda boleh semak panduan permohonan dan surat contoh permohonan tukar universiti. 

Suka juga diingatkan bahawa permohonan rayuan pertukaran program pengajian tidak semestinya akan berjaya sekiranya tiada kekosongan bagi program yang dipohon atau anda tidak memenuhi syarat kelayakan masuk program pengajian berkenaan atau tidak diluluskan oleh dekan fakulti bagi program yang dimohon. 

Jadi, pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memohon, banyakkan berdoa dan tawakal. Sekurang-kurangnya anda berusaha untuk sambung belajar di UPSI. Untuk sebarang pertanyaan boleh terus hubungi pihak UPSI, Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Akademik terutamanya berkaitan dengan ujian MedSI dan panduan permohonan mungkin telah berubah pada tahun ini. 

Anda juga boleh memohon ke IPTS yang menawarkan program pengajian yang sama malah lebih baik dari segi ranking universiti terbaik dunia berbanding universiti anda sekarang. Semak panduan permohonan ke IPTS dan tips memilih IPTS yang terbaik. Jika anda kurang pasti IPTS manakah yang terbaik berdasarkan ranking universiti, kualiti pembelajaran, yuran pengajian, pengiktirafan dan sebagainya anda boleh set appointment secara online bersama pakar kaunselor yang akan memberi nasihat dan panduan tentang hala tuju pendidikan anda. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail