Contoh Surat Mohon Pertukaran Universiti & Kursus Pengajian di Universiti Awam

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 06:42 pm

Memandangkan terlalu ramai sangat bertanya soalan yang sama dan mohon kami kongsikan contoh surat pertukaran universiti & kursus pengajian. Maka kami kongsikan contoh permohonan surat tersebut. Sebelum kami kongsikan, suka kami ingatkan walaupun anda memohon tidak semestinya permohonan akan diluluskan & anda perlu mendaftar di universiti yang ditawarkan sebelum membuat rayuan. Antara kriteria kelulusan adalah :

    

Jadi berangan itu boleh, tetapi jangan bersedih jika gagal dalam permohonan. Tambahan pula, kursus yang ditawarkan kepada anda sekarang bukankah kursus pilihan sendiri?. Jadi anda perlu menanggung akibat salah percaturan tersebut. Tanpa membuang masa, berikut kami kongsikan contoh surat permohonan. Klik pada kategori surat :

 

 

Dokumen Berkaitan Yang WAJIB disertakan sekali :

 

  • 1) Sijil-sijil akademik
  • 2) Sijil kokurikulum
  • 3) Surat sokongan lain contohnya surat sakit daripada hospital (medical report)

 

P/S : Kami juga mengingatkan anda, setiap universiti prosuder permohonan adalah berbeza. Jadi jika pihak universiti memaklumkan perlu membuat surat, anda boleh merujuk contoh surat yang kami kongsikan. Jika pihak universiti sudah menyediakan format surat mereka, maka gunakan format rasmi itu. Sementara itu, bagi surat sokongan, digalakkan untuk menghantarnya sekali kerana akan menyokong permohonan ada sekaligus peluang untuk berjaya ditawarkan sangat tinggi.

 

Selesai membuat surat, hantar secara "by hand" atau pos ke alamat universiti di dalam surat yang kami kongsikan. Tunggu maklum balas mereka, dan sentiasa dapatkan kemaskini dengan menghubungi pihak universiti berkenaan. Maklumlah, kita sedia maklum masalah birokrasi akan melambatkan proses permohonan tersebut.

    

Jika ditawarkan, boleh bawa salinan surat tawaran baru itu ke fakulti di universiti asal dan ikut prosuder yang diminta. Selalunya akan diminta untuk isi surat berhenti belajar di universiti dan sertakan bersama salinan tawaran ke universiti baru. Untuk yang bertanya bolehkan membuat permohonan tanpa mendaftar jawapannya tidak boleh.

 

Kenapa?. Jika anda tidak mendaftar bermaksud anda menolak tawaran kemasukan dan akan diisi oleh pelajar lain. Bermakna nama anda tiada dalam senarai rujukan yang akan digunakan oleh universiti yang anda hendak pohon. Bagaimana hendak tukar universiti sedangkan anda tidak pun mendaftar di universiti asal?. Jika tidak mendaftar bermaksud menolak tawaran. Jadi anda perlu faham mengenai garis panduan ini. Semoga berjaya kami ucapkan!.

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail