Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 13, 2018, 07:59 am
PERHATIAN :
SILA RUJUK TERUS LAMAN RASMI AFTERSCHOOL BAHAGIAN BIASISWA UNTUK SEMAK BIASISWA TERKINI DARI MASA KE SAMA. KLIK PAUTAN BERIKUT : https://afterschool.my/bm/biasiswa
Memandangkan sekarang merupakan tempoh dimana banyak institusi awam mahu pun syarikat swasta menawarkan biasiswa kepada pelajar yang bakal atau telah melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi, maka di kesempatan ini juga kami ingin kongsikan kepada anda keseluruhan biasiswa yang ditawarkan setakat hari ini.
Untuk memudahkan anda mengenal pasti biasiswa terkini yang ditawarkan, artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa sebaik sahaja terdapat penawaran biasiswa yang terbaru. Jadi anda tidak perlu lagi merujuk beratus-ratus artikel yang lain untuk mengetahui biasiswa terkini yang ditawarkan setiap hari dan bulan. Tanpa membuang masa, anda boleh terus klik INFO BIASISWA pada gambar setiap biasiswa yang kami senaraikan dibawah untuk mengetahui syarat kelayakan, tarikh tutup, jumlah pembiayaan dan sebagainya.
Suka diingatkan, sebelum memohon sila semak dahulu tarikh tutup permohonan dan tahap pengajian. Ramai yang masih tidak tahu cara untuk mengenal pasti biasiswa yang ditawarkan sama ada untuk peringkat ijazah, diploma, asasi dan sebagainya atau untuk pengajian di Malaysia atau luar negara atau kedua-duanya sekali. Jadi sila perhatikan betul-betul.
Selain senarai biasiswa di atas, kami juga ingin kongsikan keseluruhan biasiswa/pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan negeri masing-masing. Walaupun ada sesetengah negeri menawarkan pinjaman bukannya biasiswa tetapi pinjaman berkenaan majoritinya adalah tanpa caj faedah. Hanya bayar jumlah yang dipinjam sahaja. Malah ada diantaranya ditukar menjadi biasiswa sekiranya tamat pengajian dengan kelas pertama atau setidak pun mendapat potongan diskaun berbanding dengan pinjaman PTPTN dan pinjaman pendidikan lain. Untuk mendapatkan info mengenai biasiswa/pinjaman setiap negeri, sila klik senarai dibawah mengikut negeri masing-masing :
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat permohonan seterusnya berjaya ditawarkan kerana hidup tanpa hutang itu sememangnya cukup indah.
SEMOGA BERJAYA!
Perlukan
bantuan?