Semak Keputusan UPUonline bagi Lepasan SPM/Setaraf ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 18, 2018, 11:12 am

Kepada lepasan SPM/Setaraf yang mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, keputusan permohonan boleh disemak pada 16 Julai Jun 2021 (Khamis) mulai jam 12.00 tengah hari melalui saluran hebahan di UPUPocket 2.0 dan juga melalui pautan berikut :

 

  1. http://upu.moe.gov.my/
  2. http://jpt.umt.edu.my
  3. http://jpt.ums.edu.my
  4. https://jpt.unimas.my
  5. https://jpt.utm.my
  6. http://jpt.uum.edu.my

 

Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan seperti berikut:

  • Permohonan Rayuan UPUOnline Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 Dibuka 11 hari pada : 16 Julai 2021 (Jumaat, jam 12.00 tengah hari) hingga 26 Julai 2021 (Isnin, jam 5.00 petang) di laman UPUonline. Klik link berikut untuk permohonan rayuan : https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login
  • Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh membuat rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik.
  • Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline. Calon-calon yang tidak berjaya ke Kolej Komuniti boleh membuat rayuan di http://ambilan.mypolycc.edu.my atau hubungi Kolej Komuniti yang berdekatan. 

 

 

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu. Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) akan membuka kemudahan “Hotline” untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara. Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan. Sila hubungi alamat dan talian berikut untuk sebarang pertanyaan :

 

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ARAS 4, NO.2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62200 PUTRAJAYA

No. Tel : : 03-8870 8200

E-mel : [email protected]

Mobile Apps : UPUPocket 2.0

 

Berikut turut dikongsikan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) :

 

Sekiranya anda gagal ditawarkan kelak, anda boleh merujuk artikel perkongsian kami dibawah. Artikel berkenaan berkongsikan mengenai cara yang boleh dilakukan bagi memastikan anda tetap melanjutkan pengajian. 

 

Gagal Permohonan UPU, Apa Perlu Anda Buat?

Tip Penting yang Wajib Anda Tahu Sebelum Memilih IPTS

 

Disamping itu, jika anda ingin menyemak senarai biasiswa terkini atau pinjaman pendidikan yang ditawarkan untuk menampung pengajian kelak, sila rujuk artikel dibawah :

 

Biasiswa Terkini

Tip Mencari Biasiswa yang Wajib Anda Tahu!

Tip Persediaan sebelum Daftar Masuk ke Universiti yang Wajib Anda Tahu

Kenapa Pinjaman Pemboleh Ubah Bank Rakyat (PPBU) Lebih Baik Berbanding PTPTN?

Biasiswa & Pinjaman Pendidikan yang Ditawarkan oleh Semua Kerajaan Negeri yang Wajib Anda Tahu!

 

SEMOGA BERJAYA KAMI UCAPKAN!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail