424,000 Pelajar Sekolah di Malaysia Alami Masalah Mental

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 16, 2020, 10:36 am

Berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbiditi 2019, sangat mengejutkan dimana seramai 424,000 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental di Malaysia. Apa yang menjadi punca kanak-kanak ini tertekan diusia muda sedangkan mereka sepatutnya bersuka ria tanpa memikirkan pelbagai masalah seperti mana golongan dewasa.

 

 

Menurut laporan berkenaan, kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah ini adalah mereka yang tinggal dikawasan luar bandar, kanak-kanak perempuan, berumur 10-15 tahun dan pendapatan isi rumah dibawah kategori B40.

 

 

Bagaimana hendak kenal pasti jika anak-anak anda mengalami masalah mental?. Jika anak anda mempunyai masalah berinteraksi dengan rakan sebaya, masalah tingkah laku, masalah emosi dan hiperaktif mereka dikategorikan sebagai penghidap masalah mental. Jadi adakah anak-anak anda mempunyai ciri-ciri yang disenaraikan?

 

Jika ya, apa yang perlu anda buat untuk memulihkan mereka sebelum ianya menjadi lebih teruk seiring dengan peningkatan usia mereka yang akhirkan boleh mendatangkan keburukan malah boleh menyebabkan tindakan bunuh diri akibat tekanan perasaan. 

 

 

Pertama, kenal pasti dulu anak anda berada di bawah kategori masalah mental yang bagaimana. Kami ambil satu contoh, kalau anak anda sejenis yang tak reti duduk diam mereka adalah dibawah kategori kanak-kanak hiperaktif. Hiperaktif adalah salah satu dalam kategori Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif. Masalah tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak yang melibatkan 3 jenis kepayahan :

  • Kurang tumpuan
  • Hiperaktif
  • Menurut kata hati (Impulsiviti)

 

Dalam satu kajian lain ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun, seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah tersebut. Gejala Hiperaktif ini boleh dilihat apabila kanak-kanak sering :

  • Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
  • Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya dia duduk di situ
  • Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
  • Bising waktu bermain
  • Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak reti duduk diam)
  • Banyak bercakap

 

Jadi ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa memerhati tingkah laku anak masing-masing dan kenalpasti masalah mereka sebelum terlambat bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak ada gunanya. 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail