Tarikh Peperiksaan MUET 2019

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2018, 11:28 am

Kepada yang ingin melanjutkan pengajian ke peirngkat ijazah sarjana muda (degree), berikut dikongsikan kalendar MUET tahun 2019. Boleh semak tarikh permohonan kemasukan ke universiti dan tarikh peperiksaan akan dilaksanakan.

 

 

Untuk terus ke laman permohonan MUET, boleh KLIK DISINI untuk menyemak panduan permohonan dan memohon. Kepada yang ingin memohon kemasukan ke universiti awam melalui UPU pada tahun hadapan, anda tidak digalakkan untuk mengambil MUET ini kerana peperiksaan MUET sesi 1 akan dilaksanakan pada bulan Mac. Keputusan pula akan diperolehi selepas 3 bulan (Mei) manakala permohonan kemasukan melalui UPU tutup pada bulan April. 

 

Jadi nasihat kami mohon ke Muet on Demand (MoD) yang dibuka sekarang. Peperiksaan akan diadakan pada bulan Januari & Februari. Keputusan peperiksaan akan dimaklumkan selepas 3 minggu peperiksaan dijalan berbanding MUET biasa 3 bulan. Untuk info lengkap mengenai MoD, cara mendaftar dan sebagainya KLIK DISINI. Untuk info lain berkaitan MUET Klik senarai dibawah:

 

Diharapkan perkongsian ini membantu anda.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail