logo
logo

    Courses

    Institutions

Kelayakan MUET Bakal Diterima oleh Majoriti Universiti di United Kingdom (UK) & Universiti Lain Seluruh Dunia

Afterschool

Afterschool

March 9, 2018





Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) telah menerima pengiktirafan Sijil Penjajaran Common European Framework Referance (CEFR) oleh Penilaian Bahasa Inggeris Cambridge United Kingdom.

 

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika berucap dalam Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 dan MUET pada 6 Mac yang lalu berkata,  menerusi pengiktirafan itu akan membolehkan MUET dipasarkan ke peringkat antarabangsa selain memudahkan pelajar menggunakan sijil berkenaan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara selain Singapura (menerima MUET) tanpa perlu mengambil sijil kelayakan bahasa inggeris antarabangsa seperti IELTS (Info mengenai IELTS, SILA KLIK DISINI)

 

 

Memandangkan sijil MUET ini telah mula menerima pengiktirafan antarabangsa, pada masa akan datang tidak perlu lagilah anda bersusah payah mengambil sijil IELTS. Walau bagaimanapun, sebelum memohon melanjutkan pengajian ke luar negara, sila semak dahulu syarat kelayakan setiap kursus di universiti yang dipohon. Ini kerana kelayakan adalah berbeza mengikut keperluan. Kepada yang berminat melanjutkan pengajian ke luar negara, boleh baca perkongsian kami mengenai hala tuju pendidikan luar negara seperti dibawah :

 

Ketahui Cara untuk Memohon Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara!

Ketahui Peluang Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara Melalui 10 Buah Universiti Terkemuka Luar Negara yang Membuka Kampus Universiti di Malaysia!

Info yang Perlu Anda Tahu Mengenai MUET untuk Melayakkan Anda Masuk Universiti!

Ujian MUET on Demand (MoD) Secara Computer Based Test (CBT) Bakal Diperkenalkan Mulai April 2018

Cara Memohon Semula Sijil MUET yang hilang

 

Selain itu, anda juga boleh memohon beberapa biasiswa yang ditawarkan untuk pengajian ke luar negara. Untuk info mengenai biasiswa tersebut, sila klik pautan berikut : Biasiswa Aterschool. Semak senarai yang tercatat luar negara. Semoga perkongsian ini membantu anda!. 

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background