Cara Memohon Semula Sijil/Slip Keputusan MUET yang Hilang!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 16, 2017, 12:08 pm

Salah satu syarat permohonan ke pengajian ijazah (degree) mestilah mempunyai kelayakan MUET tetapi bagaimana jika sijil/slip MUET telah hilang. Bagaimana caranya untuk mendapatkan semula sijil/slip berkenaan?. Tentu ramai yang menghadapi masalah ini bukan?. Berikut kami kongsikan cara untuk mendapatkan semula slip keputusan MUET yang telah hilang itu.

 

 

Calon yang kehilangan Slip/Sijil Keputusan MUET sebenarnya boleh memohon semula untuk mendapatkan Salinan Sijil/Slip MUET yang sah. Sebelum kami kongsikan panduan permohonan lebih lanjut, anda perlu kenal pasti dahulu sama ada anda layak untuk memohon salinan sijil atau slip penyata MUET atau sebaliknya.

 

SYARAT PERMOHONAN SIJIL/SLIP PEPERIKSAAN MUET

 

SIJIL MUET

Untuk permohonan Sijil MUET, hanya calon yang menduduki MUET mulai sesi November 2013 sehingga sekarang sahaja yang boleh memohon sijil MUET ini. Jika tahun 2012 ke bawah, sijil/slip MUET tidak dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kerana sijil/slip MUET mula diperkenalkan pada tahun 2013. Lagi pula, jika tahun sebelum 2012 dan ke bawah, tiada guna anda memohon kerana MUET anda telah TAMAT TEMPOH SAH LAKU.

 

 

SLIP PENYATA MUET

 

Manakala Slip Keputusan MUET boleh dipohon oleh mana-mana calon dari mana-mana sesi kerana sebelum tahun 2013, slip penyata diberikan kepada calon oleh pihak MPM. Jadi, kepada anda yang telah tamat tempoh dan hanya mahukan bukti bahawa anda pernah menduduki peperiksaan MUET dan bukan bertujuan untuk sambung belajar dan sebagainya, anda boleh memohon SLIP PENYATA MUET ini.

 

 

CARA MEMOHON SIJIL/SLIP PENYATA MUET

 

SIJIL MUET

 

Anda yang ingin memohon sijil MUET, perlu melengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET (MPM/S2) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM40.00. Sila klik borang MUET/S2 untuk muat turun borang. Ikut panduan permohonan yang dikongsikan dalam borang berkenaan.

 

 

PENYATA/SLIP MUET

 

Bagi anda yang ingin memohon slip penyata MUET pula, anda perlu melengkapkan Borang Permohonan Penyata Keputusan STPM/MUET (MPM/S3) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran seperti berikut :

 

  • RM20.00 (permohonan kali pertama)
  • RM30.00 (permohonan kali kedua)
  • RM50.00 (permohonan kali ketiga).

 

Untuk mendapatkan MUET/S3, sila klik di sini.

 

TEMPOH PERMOHONAN DIPROSES MELALUI POS/KAUNTER MPM

 

Bagi calon yang memohon melalui pos, Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET akan dipos kepada calon dua hari selepas permohonan yang lengkap diterima oleh MPM, manakala calon yang memohon di kaunter MPM akan menerima Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET dalam masa setengah jam selepas permohonan yang lengkap diterima di kaunter MPM. Jadi tunggu apa lagi mohonlah sekarang!. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

 

 

Kepada anda yang membuat permohonan melalui UPU, dinasihatkan untuk memuat turun e-book panduan permohonan UPU 2018/2019 yang dikongsikan secara PERCUMA bagi mengetahui info lengkap dan tip untuk berjaya dalam permohonan. Klik gambar dibawah untuk memuat turun.

 

Semoga perkongsian ini membantu anda!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail