Pendaftaran Online untuk Menduduki Peperiksaan MUET on Demand (MoD) Dibuka Sekarang!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 12:48 pm

Kepada anda yang tidak memiliki kelayakan MUET sehingga menyukarkan untuk memohon masuk ke universiti bagi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama. Berita baik kerana pihak MPM telah membuka sistem pendaftaran untuk Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) dan Paper Based Test. Rujuk kalendar MUET ON DEMAND yang terkini di akhir artikel ini.

 

 

 

Untuk pengetahuan anda, MUET on Demand ini ditawarkan berikutan ramai pelajar yang tidak memiliki kelayakan MUET sehingga tidak layak membuat permohonan kemasukan ke universiti. 

 

 

APA PERBEZAAN MUET CT DENGAN MUET SEDIA ADA SEKARANG?

 

Untuk lihat perbezaan antara kedua-duanya, sila rujuk perkongsian dibawah :

 

 

Secara ringkasnya, format ujian sama sahaja seperti standard ujian MUET sedia ada iaitu ada MUET speaking, listening, reading dan writing cumanya peperiksaan secara CBT ini dilaksanakan bergantung kepada permintaan pemohon bukan mengikut jadual  muet seperti mana ujian MUET sedia ada yang dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Walau bagaimanapun, kepada anda yang ingin mengambil MUET CBT ini, anda perlu membayar yuran yang lebih mahal berbanding yuran MUET sedia ada iaitu RM 250.00 /(warganegara) dan RM550 (bukan warganegara) Berikut kami kongsikan jadual MoD 2022.

 

 

 

Jadi kepada anda yang mengemukakan permohonan UPU sebelum ini tetapi tidak memiliki MUET, boleh mula mendaftar untuk menduduki peperiksaan Muet MoD ini. Keputusan akan diperolehi selepas 3 minggu. Untuk membuat pendaftaran sila klik pautan berikut untuk mendaftar : http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register. Semoga berjaya kami ucapkan!.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail