Syarat dan Cara Mohon Tukar Program Pengajian di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 19, 2021, 02:55 am

Ramai tak yang berjaya masuk ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tetapi bercadang nak tukar kursus pengajian? Berita baik kerana pihak universiti membenarkan pelajar untuk menukar program pengajiannya atas sebab-sebab tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua Dekan Pusat Pengajian sekarang dan Dekan Pusat Pengajian yang dipohon. Jadi, menerusi artikel ini kami kongsikan syarat dan panduan untuk menukar program pengajian di UniMAP. 

Syarat Permohonan Pertukaran Program Pengajian di UniMAP

Sebenarnya, pertukaran program pengajian tidak digalakkan, walau bagaimanapun permohonan rayuan pertukaran program pengajian boleh dipertimbangkan dengan alasan-alasan yang kukuh dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: 

  • a) permohonan hanya boleh dibuat setelah tamat sekurang-kurangnya satu semester pengajian dengan mengisi Borang Permohonan Pertukaran Program Pengajian (HEA-12) yang boleh didapati di Jabatan Pendaftar atau di Pusat Pengajian (Rujuk LAMPIRAN E). Walau bagaimanapun, bagi kes-kes tertentu permohonan pelajar untuk pertukaran program pengajian pada permulaan pengajian boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Naib Canselor / Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). 

  • b) permohonan perlu dikemukakan dalam masa dua minggu pertama semester bermula. Borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan keputusan peperiksaan semester yang lepas atau keputusan di peringkat Matrikulasi/STPM/Diploma. 

  • c) pelajar hanya boleh memohon bertukar program pengajian semasa di  semester kedua pengajian di UniMAP. Permohonan setelah masuk semester ketiga pengajian tidak akan dipertimbangkan. 

  • d) setiap permohonan perlu menyertakan sebab-sebab yang kukuh secara bertulis untuk bertukar program pengajian contohnya mendapat keputusan CGPA semester pertama yang bawah CGPA 2.00. Permohonan perlu mendapat perakuan dan kelulusan berikut :
    • Rakan Pendamping Siswa (RPS) program asal dan program yang dipohon.
      • kedua-dua Dekan Pusat Pengajian program asal dan program yang dipohon. 
    • Dekan Pengurusan Akademik 
      • kelulusan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) 

  • e) Bagi pelajar yang mendapat biasiswa / PTPTN atau sebagainya, pelajar mestilah mendapat kelulusan daripada penaja masing-masing. Pelajar perlu berurusan secara terus dengan pihak penaja atau memohon penerangan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. 

  • f) Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar perlu mengambil tindakan untuk mendaftar kursus-kursus baru yang ditawarkan oleh program pengajian baru tersebut. 

  • g) Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang sama boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus teras dan kursus wajib universiti atau kursus yang sama dalam kurikulum program pengajian baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak berkaitan dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal dalam transkrip akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit tidak akan diambil kira. 

  • h) Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang berlainan hanya boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus wajib universiti sahaja atau kursus yang sama dalam kurikulum program pengajian baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak berkaitan dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal dalam transkrip akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit tidak akan diambil kira. 

Peraturan Permohonan Pertukaran Program Pengajian 

  • a) Permohonan hanya boleh dibuat oleh pelajar setelah tamat sekurang-kurangnya satu semester pengajian dengan mengisi Borang Permohonan Pertukaran Program Pengajian (HEA-12). Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Pendaftar atau Pusat Pengajian. Walau bagaimanapun, bagi kes-kes tertentu permohonan pelajar untuk pertukaran program pengajian pada permulaan pengajian boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Naib Canselor/ Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). 

  • b) Permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh dua minggu pertama semester bermula. Borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan keputusan peperiksaan semester yang lepas atau keputusan pada peringkat Matrikulasi/STPM/Diploma. 

  • c) Pelajar hanya boleh memohon bertukar program pengajian tidak melewati dua (2) semester pertama pengajian di UniMAP. Permohonan setelah masuk semester ketiga pengajian tidak akan dipertimbangkan. 

  • d) Bagi pelajar yang mendapat biasiswa / PTPTN atau sebagainya, pelajar mestilah mendapatkan kelulusan daripada penaja masingmasing. Pelajar perlu berurusan secara terus dengan pihak penaja atau memohon penerangan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. 

  • e) Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar perlu mengambil tindakan untuk mendaftar kursus-kursus baru yang ditawarkan oleh program pengajian baru tersebut. 

  • f) Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang sama boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus teras dan kursus wajib universiti atau kursus yang sama dalam kurikulum program pengajian baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak berkaitan dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal di transkrip akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit tidak akan diambil kira. 

  • g) Pelajar yang bertukar program pengajian dalam bidang yang berlainan hanya boleh memohon pemindahan kredit bagi kursus wajib universiti atau kursus yang sama dalam kurikulum program pengajian baru. Walau bagaimanapun, semua kursus lain yang tidak berkaitan dengan kurikulum program pengajian baru akan kekal dalam transkrip akademik tetapi pengiraan PNG/PNGK dan kredit tidak akan diambil kira

Jadi, sekiranya anda ditawarkan program pengajian yang tak diminati, jangan risau terima tawaran dahulu kemudian nanti boleh mohon tukar program pengajian. Selain itu anda juga boleh mohon pertukaran ke universiti awam yang lain. Anda boleh semak panduan permohonan dan surat contoh permohonan tukar universiti

Suka juga diingatkan bahawa permohonan rayuan pertukaran program pengajian tidak semestinya akan berjaya sekiranya tiada kekosongan bagi program yang dipohon atau anda tidak memenuhi syarat kelayakan masuk program pengajian berkenaan. Jadi, pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memohon. 

Anda juga boleh memohon ke IPTS yang menawarkan program pengajian yang sama malah lebih baik dari segi ranking universiti terbaik dunia berbanding universiti anda sekarang. Semak panduan permohonan ke IPTS dan tips memilih IPTS yang terbaik. Jika anda kurang pasti IPTS manakah yang terbaik berdasarkan ranking universiti, kualiti pembelajaran, yuran pengajian, pengiktirafan dan sebagainya anda boleh set appointment secara online bersama pakar kaunselor yang akan memberi nasihat dan panduan tentang hala tuju pendidikan anda. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail