logo
logo

    Courses

    Institutions

Sistem Semakan Tawaran ke Tingkatan 6 akan Dibuka Pada 16 April- 16 Mei 2018

Afterschool

Afterschool

April 9, 2018





Sepertimana yang kami maklumkan sebelum ini, untuk masuk ke tingkatan 6 anda tidak perlu membuat permohonan. Tawaran kemasukan akan ditawarkan secara automatik. Jika anda gagal ditawarkan barulah anda boleh mengemukakan permohonan rayuan. Untuk tahun ini, sistem semakan ke Tingkatan 6 akan dibuka pada 16 April-16 Mei 2018. Berikut adalah hebahan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

 

 

Jadi kepada anda semua yang ingin membuat semakan kelak, semakan boleh dilakukan di laman rasmi semakan iaitu https://sst6.moe.gov.my/. Kemudian akan terpapar laman semakan seperti gambar dibawah. Kemudian klik pada semakan tawaran. Buat masa sekarang memang anda boleh mengakses ke laman web berkenaan tetapi sistem semakan masih belum dibuka. Tunggu sahaja 16 April nanti.

 

 

Sekiranya anda gagal ditawarkan atau berminat untuk membuat pertukaran kursus, pusat tingkatan 6 dan sebagainya, anda perlu mengemukakan permohonan secara manual dengan memuat turun borang permohonan, isi selengkapnya dan hantar terus ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang terdekat. 

 

Walau bagaimanapun, kami nasihatkan anda untuk tunggu 16 April dahulu, kemungkinan tahun ini pihak KPM akan membuka sistem permohonan rayuan secara online. Sekiranya tiada sistem permohonan rayuan secara online yang dibuka, barulah anda muat turun borang permohonan ikut kategori dan hantar ke PPD dan JPN yang terdekat. Bagi mendapatkan borang berkenaan, klik artikel PANDUAN PERMOHONAN KE TINGKATAN 6. Semua borang permohonan boleh dimuat turun.

 

Kepada anda yang ingin mendapatkan info lain berkaitan STPM, boleh rujuk artikel perkongsian dibawah :

 

STPM Sukar? Fakta atau Mitos?

STPM vs Matrikulasi, mana satu pilihan hati?

20 program ijazah muda di IPTA EKSKLUSIF untuk Lepasan STPM

Senarai Keseluruhan Kolej & Sekolah Tingkatan 6 Setiap Negeri Berserta Pakej Subjek yang Ditawarkan

 

Akhir kata semoga berjaya kami ucapkan!. 

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background