Guna Keputusan Trial SPM untuk Mohon ke Kursus Berkaitan Penerbangan Ambilan Januari 2019!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 23, 2018, 10:09 am

Dalam perkongsian sebelum ini kami telah kongsikan kepada anda mengenai potensi industri penerbangan dalam menyediakan peluang pekerjaan yang luas sama ada di dalam mahupun luar negara. Industri yang berkembang pesat ini, turut menawarkan gaji yang lumayan kepada anda yang berminat. 

 

 

Kepada yang belum membaca perkongsian kami sebelum ini berkaitan potensi industri penerbangan dalam menyediakan peluang pekerjaan, boleh KLIK DISINI. Untuk semak kursus-kursus berkaitan penerbangan yang boleh dipohon sila KLIK DISINI. Selain kursus berkaitan penerbangan, anda juga boleh mengambil lesen berkaitan penerbangan yang membolehkan anda bergelar seorang jurutera pesawat. Untuk info lanjut berkaitan jenis-jenis lesen penerbangan yang ditawarkan sila KLIK DISINI

 

 

 

Untuk mengikuti kursus penerbangan, tiada sebarang had umur yang diletakkan. Misal kata anda sudah pun memiliki sijil, diploma, ijazah atau master dan PhD dalam mana-mana bidang sekalipun, anda tetap layak untuk memohon ke mana-mana kursus yang ditawarkan. Bagi pelajar yang menduduki SPM sekarang pula, berita baik kerana anda boleh menggunakan keputusan percubaan SPM 2018 masing-masing untuk permohonan ke kursus Diploma In Aircraft Maintenance Technology With License Category A1 bagi kemasukan bulan Januari 2019. 

 

 

Jadi jangan lepaskan peluang ini kerana di IPTA hanya politeknik (diploma) dan UTHM (ijazah) yang menawarkan kursus berkaitan penerbangan. Syarat kelayakan yang diletakkan juga agak tinggi selain terpaksa bersaing dengan pemohon lain yang memohon ke kursus yang sama. Contohnya di politeknik bagi kursus diploma penyenggaraan pesawat, pemohon wajib mendapat LIMA (5) kepujian (Gred B) dalam mata pelajaran berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mathematics
  4. Physics ATAU Science
  5. SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

 

Sedangkan di ADMAL, hanya SPM 3 kredit (gred C) dalam Bahasa Inggeris, Matematik, Sains/Subjek teknikal lain dan lulus Bahasa Melayu dan Sejarah bagi kursus yang sama di peringkat diploma. Tamat diploma, jika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu ijazah, boleh mohon sahaja ke Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyenggaraan Pesawat Terbang dengan Kepujian). UTHM memberi keutamaan kepada lepasan diploma dalam kursus yang sama walaupun dari IPTS. Jadi jangan risau. Yang penting anda sambung belajar dalam bidang yang diminati selain potensi pekerjaan yang luas. 

 

 

Kepada yang berminat dan ingin mengemukakan permohonan tidak kiralah kelayakan apa pun, anda boleh klik "Mohon sekarang" untuk terus membuat permohonan bagi kemasukan Januari, Mac, April dan Julai 2019. Untuk mendapatkan info lanjut mengenai kursus yang ditawarkan selain peluang kerjaya boleh KLIK DISINI. Berikut adalah senarai kursus dan tarikh pengambilan :

  • Diploma In Aircraft Maintenance Technology With License Category A1 - 14th January 2019 (boleh guna keputusan trial SPM)
  • Diploma in Aviation Business - 26th March 2019
  • DCAM Part-66 Program CAT B1.1 and B2 - 16th April 2019
  • Diploma In Aircraft Maintenance Technology With License Category A1 - 13th July 2019

 

 

Selain itu, rebate sebanyak RM250 turut ditawarkan kepada pemohon yang memohon untuk mengikuti pengajian di ADMAL bagi pengambilan bulan Mac, April dan Julai. Jadi, kalau anda berminat untuk memulakan kerjaya dalam bidang berkaitan penerbangan, jangan lepaskan peluang untuk memohon kerana semua kursus diiktiraf oleh MQA dan Penguat Kuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Semoga perkongsian ini bermanfaat dan semoga berjaya kami ucapkan!. 

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail