Jenis-Jenis Lesen Bidang Penerbangan yang Tawarkan Gaji Lumayan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 13, 2018, 02:53 am

Potensi bidang penerbangan dalam menyediakan peluang pekerjaan memang sukar untuk dinafikan. Tangga gaji yang menarik, pekerjaan berstatus tinggi, industri yang berkembang pesat sememangnya menjanjikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka yang bekerja dalam bidang ini. 

 

 

Dalam industri penerbangan, ramai yang mungkin tahu tentang lesen juruterbang sedangkan terdapat banyak lagi lesen yang ditawarkan kepada anda yang berminat dalam bidang ini. Jadi menerusi artikel ini, kami kongsikan senarai lesen-lesen penyelenggaraan penerbangan yang ditawarkan di Malaysia. 

 

 

Lesen kategori A ini melibatkan penyelenggaraan pesawat dan helikopter di bahagian Turbin dan piston. Kepada mereka yang mengambil lesen ini bakal melayakkan mereka menjadi juruteknik penyelenggaraan pesawat/helikopter mengikut sub kategori yang diambil. Untuk mengetahui lebih lanjut KLIK DISINI

Category A (Aircraft Maintenance Technician) 

Subcategories: 

i) A1 - Aeroplanes Turbine 

ii) A2 - Aeroplanes Piston 

iii) A3 - Helicopters Turbine 

iv) A4 - Helicopters Piston 

 

Kategori seterusnya adalah B1 yang lebih menjurus ke arah mekanikal. Mereka yang berjaya memperolehi lesen ini akan bergelar jurutera penyelenggaraan pesawat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus ini KLIK DISINI.

b) Category B1 (Aircraft Maintenance Engineer – Mechanical) 

Subcategories: 

i) B1.1 - Aeroplanes Turbine 

ii) B1.2 - Aeroplanes Piston 

iii) B1.3 - Helicopters Turbine 

iv) B1.4 - Helicopters Piston 

 

Bagi kategori B2, juga bakal melayakkan pelajar menjadi seorang jurutera cuma ianya lebih menjurus kepada bahagian avionics iaitu peralatan elektronik yang digunakan oleh pesawat/helikopter contohnya sistem elektronik navigasi pesawat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus ini boleh KLIK DISINI.

c) Category B2 (Aircraft Maintenance Engineer – Avionics)

 

Ramai yang menyangka, kursus seperti ini perlukan keputusan SPM yang sangat baik. Jangan risau semua itu mitos sahaja. Kelayakan yang diletakkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang ini sangatlah rendah iaitu paling rendah 3 kredit SPM sahaja. Institusi manakah yang menawarkan kursus lesen penyelenggaraan pesawat/helikopter selain tidak meletakkan syarat kelayakan akademik yang tinggi?. Salah satunya adalah Admal College. Kolej ini memperolehi pengiktirafan penuh oleh pihak CAMM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia) yang dulunya dikenali sebagai DCA. Semua kursus berkaitan penerbangan WAJIB memperolehi pengiktirafan daripada CAMM. 

 

 

Kepada yang masih buntu memilih laluan kerjaya, bolehlah memohon untuk mengikuti kursus ini. Sebaik sahaja tamat pengajian, peluang kerjaya yang sangat tinggi bukan sahaja ditawarkan oleh Admal college sendiri malah syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia. Tunggu apa lagi, mohon sekarang dengan KLIK DISINI. Walaupun bidang ini sememangnya bakal memberi cabaran yang tinggi, tetapi alah biasa tegal biasa kepada mereka yang berminat. Semoga berjaya!. 

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail