Ditangkap Atas Kes Pecah Rumah, Bekas Pelajar Henry Gurney Cerita Kisah Silam & Bagaimana Dia Perolehi Keputusan Cemerlang dalam SPM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 05, 2021, 10:08 am

Bangkit dari kisah silam, Muhamad Izzad bekas pelajar di sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka atau kebanyakan kita mengenali sekolah ini sebagai 'sekolah budak jahat' berjaya membuktikan setiap manusia mempunyai peluang kedua untuk membaiki kesilapan lampau.

 

 

Bercerita di laman tiktok miliknya yang kini mempunyai lebih dari 145 ribu pengikut, beliau mula terjebak dengan masalah sosial sejak berumur 12 tahun lagi dengan pengambilan pil kuda, syabu dan kemudiannya morfin. Bekalan dadah diperoleh daripada rakan dan kadangkala dibeli dengan wang curi.

 

Disebabkan itu juga, pelajarannya terganggu dan hanya bersekolah sehingga tingkatan empat sebelum berhenti dan berkahwin pada usia 17 tahun dimana sepatutnya beliau menduduki peperiksaan SPM. 

 

Selepas ditangkap kantoi kes pecah rumah, beliau dimasukkan ke sekolah Henry Gurney pada umur 17 tahun. Pada mulanya, beliau memberontak tetapi lama kelamaan menerima hakikat dan berlapang dada. Beliau juga berkesempatan untuk mengambil peperiksaan SPM dan berjaya memperolehi keputusan 5A. 

 

Menurut beliau, semasa di sekolah berkenaan warden memang menekankan akademik dan guru yang mengajar mereka bukan dalam kalangan warden tetapi guru-guru terbaik yang akan pastikan pelajar yang ambil peperiksaan lulus semuanya. Antara tips yang dikongsikan beliau adalah :

  • Abaikan rakan-rakan yang negatif
  • Tampal jadual belajar besar-besar dalam bilik
  • Setiap pagi hafal subjek-subjek penting (fakta dan teori mengikut subjek)
  • Pastikan tahu teknik menjawab setiap subjek
  • Setiap hari set jadual belajar dan setiap kali habis exam tukar jadual
  • Magrib ke isyak buat latihan subjek seperti matematik
  • Kurangkan masa bermain dan lebih fokus belajar
  • Pasang niat untuk banggakan ibu bapa

 

Dengan keputusan berkenaan telah melayakkannya menyambung pengajian di peringkat Diploma dalam kursus Pengurusan Penerbangan di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics. Impiannya selepas tamat belajar adalah menceburi sektor penerbangan selepas tamat pengajian nanti selain terus memberi kesedaran dan mengajak belia melakukan aktiviti berfaedah menerusi ceramah diberikan. 

 

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melantik beliau sebagai ikon Projek Reben Kuning dan aktif memberi ceramah kesedaran di sekolah sebelum wabak covid melanda. 

 

 

Untuk makluman, Sekolah Henry Gurney merupakan sebuah institusi dalam Jabatan Penjara Malaysia yang ditubuhkan untuk mengurung/menahan penghuni/pesalah yang berusia 14 hingga 21 tahun yang ditahan di bawah perintah Mahkamah Juvana.

 

 

 

Terdapat 3 buah sekolah Henry Gurney di Malaysia iaitu terletak di Melaka dan dua lagi di Sabah. Sekolah ini ditubuhkan pertama kalinya pada tahun 1949 dengan nama "Sekolah Akhlak Tertinggi". Pada tahun 1950 ditukar kepada nama "Sekolah Latihan Pemuda" sebelum menjadi "Henry Gurney School" pada 15 Mei 1950 iaitu sempena pembukaan rasminya oleh mendiang Sir Henry Gurney.

 

 

Setiap penghuni di sekolah berkenaan akan berhadapan dengan tiga bentuk latihan iaitu latihan kerja kasar bagi yang baru masuk atau yang melanggar peraturan, latihan kerja sederhana bagi yang telah berjaya mengikuti latihan awal dan latihan kerja mahir bagi yang telah mahir dalam kerja-kerja seperti pertukangan, kimpalan, motormekanik dan lain-lain.

 

 

Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan khas bagi memperbaiki akhlak penghuni yang telah terpesong maka sekolah ini menitikberatkan kepada dua bentuk latihan yang berlainan iaitu vokasional dan akademik dan majoriti penghuni tidak begitu meminati bidang akademik. 

 

ARTIKEL MENARIK LAIN

Keseluruhan Laluan Selepas SPM yang Wajib Anda Tahu Berserta Syarat Kelayakan!

Langkah Permohonan Menduduki Semula SPM Ulangan untuk Semua Subjek

Belum Habis Belajar Sudah Ada Kerja, Ini 10 Universiti yang Hampir Semua Graduannya 'Di-book' oleh Syarikat Besar!

Ini Jaminan Kerajaan Selepas Benarkan Pelajar Universiti Balik Sambut Raya

MQA Tarik Balik Pengiktirafan Sijil Ijazah di Universiti Swasta Terkemuka Kerana Gagal Mengikut Sukatan Pelajaran atau Pensyarah Tidak Berkelayakan

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail