Ini Jaminan Kerajaan Selepas Benarkan Pelajar Universiti Balik Sambut Raya

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 04, 2021, 01:50 am

Lebih 100,000 pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) yang kini berada di kampus dibenarkan pulang untuk menyambut hari raya kecuali bagi Sarawak. Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

 

 

Pergerakan pelajar di setiap IPT akan dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan pergerakan terkawal, dengan tarikh pergerakan pulang ke rumah masing-masing ditetapkan mulai 7 hingga 12 Mei manakala tarikh kembali ke kampus bermula 15 hingga 20 Mei.

 

"Pergerakan pelajar sempena cuti perayaan Aidilfitri ini dianggarkan hanya membabitkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar. Berikut adalah SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN.

 

 

Dengan keputusan tersebut, ramai mempersoalkan keputusan MKN memandangkan pelajar tetap sahaja terdedah covid dan akan berlaku penularan secara besar-besaran kelak sekaligus memburukkan lagi keadaan. Ada yang menyatakan, apa beza pelajar dengan bukan pelajar, kenapa dibenarkan balik kampung. Kalis covid ke?. 

 

Bazar raya dibuka secara besar-besar sehingga ke pagi, PKP, PKPB, PKPP semua sama sahaja. Sampai bila hidup terkurung dan ditindas. Wujud pula kluster kayangan yang boleh ke sana sini tanpa rasa bersalah. Disaman pun tidak heran langsung malah seakan mencabar undang-undang. Mana keadilan yang dikatakan?. Adakah sekarang suara rakyat sudah tak terpakai maklumkan parlimen pun belum dibuka. Takut sangat ya pak-pak menteri kena covid. Pergi sana sini "ziarah" rakyat tak takut pula ya. Itu yang diperkatakan oleh netizen.

ARTIKEL MENARIK LAIN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail