Cara Mohon Tukar Program Pengajian dan Universiti di Semua Universiti Awam IPTA

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 22, 2021, 08:18 am

Cara Mohon Tukar Program Pengajian dan Universiti di Semua Universiti Awam IPTA. Ramai nampaknya yang kurang berpuas hati walaupun berjaya ditawarkan masuk ke universiti melalui UPU online. Ini kerana tawaran yang terima tentulah bukan pilihan pertama mereka. 

 

 

Jangan risau, bagi anda yang tidak gembira dengan program pengajian yang ditawarkan, berita baik kerana anda boleh memohon untuk tukar universiti atau program pengajian atau kedua-duanya sekali. Berikut kami kongsikan senarai universiti, klik senarai universiti untuk menyemak cara dan langkah memohon tukar universiti atau program pengajian serta syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak universiti dalam buku panduan akademik (carian kata : tukar program pengajian). 

 

Senarai Universiti Awam (IPTA) di Malaysia 

 

Kebanyakkan universiti meletakkan syarat hanya di semester kedua pelajar akan dibenarkan tukar program pengajian sekiranya gagal mencapai keputusan akademik yang diletakkan. Walau bagaimanapun, semester pertama biasanya pelajar akan mengambil subjek-subjek teras universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar serta wajib lulus. Semester kedua dan seterusnya barulah pelajar akan mula mengambil subjek spesifik kepada program pengajian masing-masing. 

Jadi, jangan risau semester ketiga anda boleh buat permohonan tukar program pengajian dan subjek-subjek teras yang telah diambil boleh dipindahkan kredit (tidak perlu ambil semula) ke program pengajian yang baru. 

 

Jika anda malas untuk menunggu tukar program pengajian, boleh survey IPTS terbaik di Malaysia yang tawarkan program pengajian yang anda inginkan. Akhir kata, jangan sesekali berputus asa untuk mengejar impian sambung belajar ke program pengajian yang diminati. Banyak lagi pilihan lain yang lebih baik selain peluang kerja terbentang luas selepas tamat pengajian. Ingat pemilihan program pengajian sangatlah penting berbanding universiti kerana ianya adalah penentu laluan kerjaya anda selepas tamat pengajian kelak.

 

Semoga perkongsian ini membantu!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail