Afterschool
August 18, 2021
Ada yang berjaya ditawarkan ke UPSI tetapi tak berminat dengan program pengajian yang ditawarkan? Jangan risau kerana anda boleh membuat permohonan pertukaran program pengajian. Berdasarkan BUKU PANDUAN AKADEMIK UPSI, pelajar dibenarkan untuk membuat permohonan pertukaran program pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan permohonan perlu dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) melalui Dekan Fakulti dengan kaedah yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Syarat pertukaran program pengajian di UPSI
Panduan permohonan pertukaran program pengajian di UPSI
Bagi panduan pertukaran program pengajian di UPSI, anda boleh merujuk kepada Bahagian Pengurusan Akademik UPSI kerana setiap fakulti prosuder dan borang permohonan berbeza-beza. Pihak pengurusan akademik akan bantu anda untuk membuat permohonan pertukaran program pengajian.
Jadi, sekiranya anda ditawarkan program pengajian yang tak diminati, jangan risau terima tawaran dahulu kemudian nanti boleh mohon tukar program pengajian. Selain itu anda juga boleh mohon pertukaran ke universiti awam yang lain. Anda boleh semak panduan permohonan dan surat contoh permohonan tukar universiti.
Suka juga diingatkan bahawa permohonan rayuan pertukaran program pengajian tidak semestinya akan berjaya sekiranya tiada kekosongan bagi program yang dipohon atau anda tidak memenuhi syarat kelayakan masuk program pengajian berkenaan. Jadi, pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memohon.
Anda juga boleh memohon ke IPTS yang menawarkan program pengajian yang sama malah lebih baik dari segi ranking universiti terbaik dunia berbanding universiti anda sekarang. Semak panduan permohonan ke IPTS dan tips memilih IPTS yang terbaik. Jika anda kurang pasti IPTS manakah yang terbaik berdasarkan ranking universiti, kualiti pembelajaran, yuran pengajian, pengiktirafan dan sebagainya anda boleh set appointment secara online bersama pakar kaunselor yang akan memberi nasihat dan panduan tentang hala tuju pendidikan anda. Semoga berjaya!
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.