Semakan Keputusan Tawaran ke Matrikulasi KPM 2019 untuk Lepasan SPM/Setaraf

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 12, 2019, 12:25 pm

Pada hari ini, keputusan permohonan ke Matrikulasi telah pun dibuka untuk semakan. Kepada anda yang mengemukakan permohonan sebelum ini, boleh buat semakan sekarang. Berikut adalah cara untuk anda membuat semakan. Klik pautan berikut untuk terus ke laman semakan tawaran :  https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm

 

 

Masukkan masing-masing untuk menyemak atau masukkan nombor angka giliran ketika SPM. Kemudian klik semak. Jika anda berjaya ditawarkan dan ingin menerima tawaran tersebut perlu membuat pra-pendaftaran secara dalam talian mulai 14 Mei 2018 dan pra-pendaftaran ini akan tamat pada 18 Mei 2018. Dapatkan maklumat lanjut pra-pendaftaran ini daripada laman sesawang kolej matrikulasi yang ditawarkan. Maksudnya anda perlu terus ke laman kolej matrikulasi masing-masing untuk membuat pendaftaran. 

 

Jika anda tidak membuat pendaftaran, anda akan dikira sebagai menolak tawaran. Nasihat kami, jika anda ingin menunggu keputusan UPU untuk pengajian asasi dan diploma, anda dinasihatkan untuk terima sahaja tawaran matrikulasi. Jika berjaya ditawarkan ke asasi atau diploma, tidak perlu hadir semasa hari pendaftaran atau boleh berhenti daripada pengajian matrikulasi. Jangan risau kerana nama anda tidak akan disenarai hitam. Berikut adalah penjelasan daripada pihak matrikulasi sekiranya anda tidak hadir mendaftar atau mahu berhenti daripada matrikulasi. 

 

 

Jadi jangan tolak tawaran kerana katakan anda gagal ditawarkan ke pengajian asasi atau diploma kelak, anda akan menyesal kerana tidak menerima tawaran matrikulasi. 

 

Untuk anda tidak berjaya ditawarkan pula, anda boleh membuat permohonan rayuan. Rayuan boleh dilakukan secara dalam talian sebaik sahaja anda mengetahui tidak berjaya atau boleh membuat rayuan secara manual dengan menulis surat permohonan rayuan secara rasmi ke Bahagian Matrikulasi KPM, Putrajaya bersama salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang telah disahkan. Jika mahu peluang berjaya dalam rayuan tinggi, dinasihatkan untuk buat permohonan rayuan secara bertulis. 

 

Untuk mendapatkan info lanjut berkaitan dengan matrikulasi, anda boleh KLIK DISINI dan rujuk soalan lazim yang sering ditanya berkaitan matrikulasi. Untuk anda yang berjaya ditawarkan dan ingin membuat persediaan melanjutkan pengajian kelak, boleh semak struktur pengajian mengikut aliran masing-masing kelak. Untuk semak struktur pengajian melibatkan subjek yang akan dipelajari, tempoh pengajian, suasana pembelajaran dan sebagainya boleh klik pada pautan berikut : Tip Persediaan ke Matrikulasi. Semoga berjaya kami ucapkan!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail