Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 10, 2017, 07:45 pm
PERHATIAN : Untuk ketahui tarikh dan info penting kemasukan ke kolej matrikulasi bagi tahun 2021, anda boleh KLIK SOALAN LAZIM MATRIKULASI yang menghimpunkan semua maklumat dan tarikh penting termasuk permohonan rayuan, pertukaran kolej, pertukaran jurusan, tarikh pendaftaran dan sebagainya. Anda juga boleh baca info dibawah. Kami sedang mengemaskini dari masa ke semasa.
Ramai yang tengah menunggu keputusan permohonan untuk permohonan melanjutkan pengajian. Seperti sebelum ini kami sudah kongsikan artikel berkenaan dengan tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan dan rayuan permohonan ke tingkatan 6, panduan lengkap pinjaman PTPTN, panduan lengkap pinjaman MARA dan pelbagai lagi artikel yang berkaitan. Oleh itu, pada kali ini kami kongsikan pula info berkaitan dengan tarikh-tarikh penting dan informasi berkaitan dengan Matrikulasi. Kami kongsikan dalam bentuk soalan dan jawapan untuk memudahkan pemahaman anda.
Bagaimanakah cara memohon Program Matrikulasi KPM?
Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (NPI) lima (5) digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.06 (Ringgit Malaysia Sepuluh dan sen enam sahaja) termasuk GST dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Kemudian layari laman rasmi permohonan matrikulasi menerusi link berikut:
https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/login.cfm.
Bilakah PMI (permohonan melalui internet) mula dibuka dan tarikh tutup permohonan?
PMI mula dibuka untuk permohonan pada 1 Julai dan ditutup pada 30 November tahun pemohon menduduki SPM.
Apakah program yang ditawarkan oleh Matrikulasi?
Jurusan yang ditawarkan adalah :
Apakah bidang yang boleh diceburi bagi setiap jurusan yang ditawarkan?
Bolehkah pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM memohon jurusan Perakaunan (M003)?
Tidak boleh, Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk memohon semua bidang pengkhususan Program Matrikulasi.
Berapakah yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2019/2020?
Tiada yuran lain yang dikenakan. Kos pengajian dan kos penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?
Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan kaedah meritokrasi sama seperti pemilihan dalam UPU untuk ke universiti awam. Pengiraan merit mengambil kira 90% Akademik dan 10% kokurikulum.
Di manakah Program Matrikulasi KPM dijalankan?
Program Matrikulasi dijalankan di lima belas (15) buah kolej matrikulasi KPM dan dua (2) buah kolej Mara seperti berikut:
Bilakah keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2016/2017 akan diketahui?
Keputusan calon jaya ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2019/2020 akan diumumkan pada 15 April 2019 (Isnin) pukul 12:00 tengah hari.
Bagaimanakah cara untuk mengetahui keputusan permohonan kemasukan Program Matrikulasi?
Pelajar boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut:
Pemohon PERLU melayari laman sesawang supaya boleh terus mencetak surat tawaran atau terus membuat rayuan dalam talian.
Berapa peratuskah kemasukan pelajar Bukan Bumiputera dalam Program Matrikulasi KPM?
Kemasukan pelajar bukan bumiputera ialah 10%.
Apakah syarat kelayakan minimum? dan apakah mata pelajaran yang dikira merit?
Bilakah tarikh pelajar mendaftar di kolej-kolej matrikulasi?
Pelajar baharu akan mendaftar pada 11/12 Mei 2019 (Sabtu/Ahad) mengikut lokasi kolej. Walau bagaimanapun anda perlu melayari laman sesawang kolej matrikulasi yang ditawarkan untuk maklumat lanjut.
Saya ditawarkan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), bolehkah saya memohon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)? Bagaimanakah cara memohon?
Pelajar PST boleh memohon PDT di kolej Matrikulasi yang ditawarkan melalui Pengarah kolej. Walau bagaimanapun, hanya pelajar Bumiputera sahaja yang boleh memohon PDT dan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
Saya memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam talian dan saya berjaya ditawarkan Jurusan Sains. Namun sekarang saya lebih berminat dalam Jurusan Perakaunan. Apa yang perlu saya lakukan?
Permohonan menukar jurusan boleh dilakukan di kolej masing-masing melalui Pengarah kolej. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada kekosongan dan juga tertakluk kepada nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.
Bolehkah saya menangguh pendaftaran?
Jika tempoh penangguhan kurang daripada 5 hari dengan sebab munasabah (spt kematian, kemalangan dll), permohonan perlu dibuat melalui Pengarah kolej (secara bertulis). Jika 5 hari ATAU lebih, permohonan perlu dibuat melalui Pengarah BMKPM (secara bertulis) di Putrajaya.
Adakah saya boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM?
Rayuan boleh dilakukan secara dalam talian di matrikulasi.moe.gov.my bermula dari 15 April 2019 hingga 29 April 2019 iaitu sebaik sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM, atau boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk membuat rayuan, atau menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.
Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut?
Keputusan rayuan boleh diketahui bermula bulan Jun dan anda boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut :
Pendaftaran pelajar rayuan ialah pada Jun setiap tahun.
Bolehkah saya memohon pertukaran Jurusan/Aliran selepas mendapat tawaran?
Adakah pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan boleh di tempatkan ke Semenanjung Malaysia?
Hanya pelajar Aliran Kejuruteraan sahaja dari Sabah, Sarawak dan Labuan akan ditempatkan di Semenanjung Malaysia.
Bolehkah saya mohon pertukaran kolej?
Tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukan rawatan berpanjangan, adik beradik ditempatkan di kolej matrikulasi berlainan atau pertukaran dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak atau Labuan dan sebaliknya . Permohonan perlulah dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.
Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian?
Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali bagi kes kesihatan kronik yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat kelulusan pengarah kolej tempat anda mendaftar.
Adakah saya dikenakan denda jika berhenti daripada pengajian?
Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar penalti mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI:
Di manakah saya boleh menyambung pengajian setelah lulus Program Matrikulasi KPM?
Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam (UA) dalam dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.
Saya berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara, boleh berikan universiti-universiti yang menerima masuk Program Matrikulasi di luar negara?
Untuk semak senarai universiti luar negara terkemuka yang boleh dipohon sila KLIK DISINI.
Bagaimanakah saya boleh menyemak struktur pengajian di Matrikulasi kelak?
Untuk menyemak sila KLIK DISINI.
Siapakah yang layak memohon Sijil Matrikulasi KPM?
Semua pelajar yang telah tamat pengajian Program Matrikulasi KPM sejak tahun Sesi 1999/ 2000 layak untuk memohon Sijil Matrikulasi KPM.
Adakah pelajar Program Matrikulasi KPM pada sesi 2016/ 2017 perlu memohon Sijil Matrikulasi KPM?
Tidak perlu. Bermula pada tahun lepas, Pelajar Program Matrikulasi KPM dan seterusnya akan diberi sijil secara automatik berserta transkrip akademik sekiranya memenuhi syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM.
Apakah syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM?
Syarat- syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM:
Bagaimanakah saya hendak memohon Sijil Matrikulasi KPM?
Sijil Matrikulasi KPM boleh dimohon dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my bermula pada 1 Januari 2017. Sila ikuti panduan yang disediakan dalam borang permohonan tersebut.
Bilakah tarikh tutup permohonan Sijil Matrikulasi KPM?
Tiada tarikh tutup dan permohonan dibuka sepanjang tahun.
Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM?
Tiada sebarang bayaran.
Apakah alamat emel yang boleh digunakan untuk menghantar borang permohonan saya?
Berapa lamakah masa untuk mendapatkan Sijil Matrikulasi KPM selepas membuat permohonan?
30 hari bekerja selepas borang permohonan diterima oleh Bahagian Matrikulasi.
Bagaimanakah saya boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi untuk sebarang pertanyaan berkaitan Sijil Matrikulasi KPM?
Bahagian Matrikulasi boleh dihubungi di talian 03 – 8884 4083.
Bolehkah saya mendapatkan salinan gantian sekiranya saya kehilangan Sijil Matrikulasi KPM?
Boleh, dengan dikenakan bayaran penalti sebanyak RM50.
Sekiranya saya mempunyai Sijil Matrikulasi KPM, adakah saya Layak memohon jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
Hanya pelajar Program Matrikulasi KPM yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.00 dan ke atas serta lulus semua mata pelajaran wajib sahaja yang layak memohon ke jawatan yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seperti yang diperincikan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bil. 3/ 2016.
Apakah gred gaji permulaan yang akan saya perolehi jika diterima berkhidmat di sektor awam?
Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/ 2016 bertarikh 14 Disember 2016 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), peringkat kemasukan bagi pemegang kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan pada Gred 29 dalam skim perkhidmatan berkaitan.
Apakah info penting lain yang wajib diketahui oleh pelajar yang berjaya ditawarkan ke matrikulasi?
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu memecahkan semua persoalan yang bermain di fikiran anda. Semoga berjaya kami ucapkan kepada anda!.
Perlukan
bantuan?