Pemansuhan Aliran Sains & Sastera Terpulang Kepada Sekolah, Tiada Paksaan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 22, 2019, 08:18 am

Terdahulu pihak KPM mengumumkan akan memansuhkan kedua-dua aliran sains dan sastera bermula tahun depan (KLIK DISINI untuk baca artikel pengumuman terdahulu). Perkembangan terbaru, pihak KPM melalui Timbalan Menterinya Teo Nie Ching memaklumkan, surat pemansuhan sudah dihantar ke sekolah untuk tindakan lanjut. Apa yang  mengelirukan ramai pihak, pihak sekolah diberi kebebasan untuk  memansuhkan atau sebaliknya mengikut pertimbangan dan keupayaan mereka.

 

 

“Kita tak cakap semua sekolah untuk hentikan dua aliran ini, tetapi menggalakkan mereka menjelaskan bahawa kita mempunyai pelbagai pakej,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

 

Ini bermaksud tiada sebarang paksaan untuk memansuhkan kedua-dua aliran. Jadi, bermula pada tahun hadapan kita mungkin akan dapat melihat bermulalah ketidakseragaman sistem antara sekolah-sekolah kerajaan memandangkan akan ada sekolah yang memansuhkan kedua-dua aliran dan sebaliknya. 

 

Persoalannya disini, bukankah sepatutnya sebarang perubahan sistem dan pelaksanaan seharusnya seragam untuk semua sekolah?. Adakah selepas penguguman dibuat, barulah KPM tersedar bahawa kemungkinan keputusan pemansuhan ini akan memakan diri selepas menerima banyak maklum balas negatif berbanding positif dari pelbagai peringkat pengajian termasuk  dalam kalangan ahli-ahli akademik tertinggi seperti Majlis Profesor Negara (MPN)? (KLIK DISINI untuk baca pendapat dari Presiden MPN). 

 

 

Ramai pihak berpendapat, keputusan yang dibuat ini seakan cuba untuk mengelak diri daripada disalahkan jika ianya tidak berjaya dan menimbulkan impak negatif pada masa hadapan. Jika bimbang akan memberi kesan negatif, kenapa tidak diadakan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat terlebih dahulu seperti ahli-ahli akademik tertinggi, pihak universiti awam dan swasta dan pihak pengurusan sekolah kerana mereka adalah pelaksana dasar dan ianya akan memberi kesan kepada semua peringkat pengajian.

 

Penguguman yang tergesa-gesa itu tidak seharusnya berlaku. KPM perlu mendapatkan pandangan dari semua pihak yang terlibat dan merangka perancangan yang rapi bukannya membuat pengumuman dahulu kemudian baru hendak fikirkan kaedah untuk laksanakan dasar yang dibuat. Sekarang, apa yang dapat dilihat KPM seakan takut untuk menarik balik pemansuhan tersebut, mungkin bimbang kredibiliti mereka akan dipertikaikan dan memberi kebebasan untuk sekolah membuat pilihan. Jika ada sekolah yang memansuhkan dan gagal memberi impak positif kepada pelajar dari segi pemilihan kursus pengajian, halatuju pendidikan dan kerjaya yang betul, adakah kelak pihak sekolah yang akan dipersalahkan oleh ibu bapa?.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail