Aliran Sains & Sastera Dimansuhkan Mulai Tahun Depan - TMP Teo Nie Ching

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 11, 2019, 01:29 am

Mulai Tahun depan, pelajar yang akan melangkah ke tingkatan 4 tidak akan dibezakan lagi mengikut aliran. Ini bermakna aliran sastera dan sains akan dibubarkan. 

 

Dengan pemansuhan tersebut, pelajar boleh memilih subjek mengikut pilihan masing-masing. Pemilihan subjek bukan lagi ditentukan oleh guru-guru sebagaimana sebelum ini. Guru-guru hanya akan diberi kuasa untuk menentukan senarai subjek yang akan diperkenalkan oleh sekolah berdasarkan beberapa faktor seperti keputusan Peperiksaan Petaksiran Tingkatan 3 (PT3), kemudahan sekolah, sumber tenaga pengajar dan lain-lain. 

 

Kenyataan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan,  Teo Nie Ching menerusi akhbar Sin Chew Daily. Penguguman rasmi akan kami kongsikan kelak.

 

 

Menteri Pendidikan,  Maszlee Malik sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa, aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan. Pembubaran ini pada awalnya dicadangkan oleh Jawatan kuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan untuk menambah baik sistem persekolahan di Malaysia. 

 

Dengan pelaksanaan ini, guru-guru dan ibu-bapa diminta untuk membantu pelajar memilih subjek yang tepat mengikut minat kerjaya masing-masing. Pastikan subjek yang diambil akan melayakkan mereka memohon ke kursus pengajian di peringkat pengajian tinggi seterusnya mencapai impian kerjaya kelak. Jangan hanya memilih subjek secara membuta tuli sehingga akhirnya gagal melayakkan diri ke kursus pengajian di universiti kelak. 

 

Di kesempatan ini juga, sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga anda yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Kongsikan soalan ramalan SPM 2019 yang digubal oleh guru-guru pakar dan pengubal soalan SPM. Muat turun secara PERCUMA SAHAJA dengan  KLIK DISINI

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail