Media Antarabangsa Al-Jazeera Dedah Kepada Seluruh Dunia Tentang Budaya Rogol Sekolah di Malaysia!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 19, 2021, 12:34 pm

Kes pelajar yang dedahkan guru bergurau mengenai isu gangguan seksual dan rogol hangat diperkatakan sehingga laporan polis dibuat selepas pelajar bernama Ain Husniza Saiful Nizam, 17 tahun menerima ugutan dan dibuli oleh pelajar, guru dan pihak sekolah atas pendedahan yang dibuat di akaun tiktok miliknya.

 

Dalam video berkenaan Ain menceritakan kembali apa yang diucap oleh guru berkenaan semasa mereka membincangkan tentang gangguan seksual semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya yang terletak di daerah Kuala Selangor.

 

“Kemudian kami bercakap tentang bagaimana undang-undang melindungi mereka yang bawah umur daripada penderaan dan gangguan seksual dan selepas itu dia kata ‘nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18".

 

“Kalau boys kena rape, it doesn’t get reported because the boys apparently sedap. (Kalau lelaki yang kena rogol ia tidak akan dilaporkan kerana mereka rasa sedap),” kongsi Ain dalam video berkenaan.

 

 

Portal dan media di Malaysia juga sebarkan berita berkenaan dan mengutuk tindakan guru tersebut. Ramai juga yang membela guru berkenaan kerana dianggap perkara biasa dan gurauan antara guru dan pelajar. Semalam portal media antarabangsa terkenal Al-jazeera mendedahkan isu ini di laman web mereka yang di kunjungi oleh seluruh dunia. 

 

Ianya sangat memalukan. Artikel berkenaan mendedahkan tentang budaya rogol di sekolah-sekolah Malaysia yang dianggap biasa dan gurauan. Selain itu, Al-Jazeera turut mendedahkan Ain telah di pulaukan dan menerima banyak mesej ugutan, kata hinaan dan digelar "Anak Syaitan" oleh pelajar dan guru-guru sendiri selepas pendedahan berkenaan dibuat. Ini membuktikan lagi memang budaya bercakap lucah sehingga membawa kepada kes rogol di sekolah adalah normal di Malaysia. 

 

 

Apa nak jadi dengan sekolah di Malaysia ni. Inilah juga salah satu punca masalah akhlak dalam kalangan pelajar meningkat kerana perkara serius pun dianggap sebagai gurauan. Sekolah yang sepatutnya menjadi tempat selamat tetapi sebaliknya. Sekarang seluruh dunia dah tahu apa yang berlaku, dan lebih memalukan apabila majoriti rakyat di negara ini adalah beragama islam. Kes yang berlaku pula dalam kalangan muslim. Sudahlah salah, guru yang membuat onar dibela dan pelajar yang mengadu dicerca. Inikah yang kita perlu perjudikan apabila menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan?. Tahniah Malaysia, anda berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan cara yang memalukan!

 

 

Untuk tonton video berkenaan KLIK DISINI

 

INFO BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail