Afterschool
March 1, 2018
KEMASKINI : Keputusan rasmi SPM 2018, diumumkan 14 Mac 2019. Info lanjut hebahan sila KLIK DISINI.
Keputusan SPM 2017 bakal diumumkan pada 15 Mac 2018. Berikut dikongsikan kenyataan rasmi daripada KPM.
Berikutan tularnya berita mengenai tarikh keputusan SPM 2017 diumumkan, kami terus menghubungi pihak KPM untuk mendapatkan kepastian. Makluman rasmi yang diterima daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas menghubungi mereka sebentar tadi, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM SAH akan diumumkan pada 15 Mac 2018. Walau bagaimanapun, pihak KPM masih belum memuat naik hebahan berkenaan di laman rasmi mereka. Kemungkinan isnin ini akan dimuat naik hebahan berkenaan.
Kepada ibu bapa pelajar bolehlah hadir ke sekolah masing-masing untuk mendapatkan keputusan masing-masing. Selain itu, ibu bapa pelajar juga boleh menyemak melalui semakan SMS. Namun cara semakan berkenaan masih belum dimuat naik lagi oleh pihak KPM. Jadi kami nasihatkan kepada anda untuk kongsikan artikel ini dan rujuk dari masa ke semasa sekiranya mahu mendapatkan panduan semakan melalui SMS kelak. Kami akan kemaskini caranya selepas KPM berkongsikan di laman rasmi mereka.
Kami juga turut ingin kongsikan panduan permohonan peperiksaan SPM ULANGAN yang akan dilaksanakan pada bulan Jun dan November jika ada di antara anda yang ingin memperbaiki keputusan kelak, sila klik artikel mengenai panduan permohonan dibawah seperti berikut :
Cara Menduduki Semula Peperiksaan SPM Ulangan & Pendaftaran Calon Persendirian SPM!
Kepada anda yang memohon dalam permohonan UPU 2018/2019, anda boleh mendapatkan info lengkap dan tip permohonan dengan memuat turun e-book panduan permohonan UPU yang dikongsikan secara PERCUMA. E-book ini adalah inisiatif afterschool untuk membantu anda dalam membuat permohonan. Tip yang dikongsikan dapat mengelakkan anda daripada melakukan sebarang kesilapan semasa membuat permohonan. Anda boleh MUAT TURUN SECARA PERCUMA dengan klik pada gambar muat turun dibawah :
Akhir kata selamat maju jaya kepada anda semua!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.