Bermula Oktober Tahun Lalu Tempoh Perkhidmatan Doktor Perubatan di Bawah Kerajaan Dikurangkan Kepada 18 Bulan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 23, 2021, 08:03 am

Isu hangat sehingga kemungkinan membawa kepada mogok dalam kalangan pegawai perubatan berstatus kontrak dibawah kerajaan dilihat semakin serius. Perkara ini berlaku berpunca daripada ketidak puasan terhadap tangga gaji dan tempoh 4 tahun perkhidmatan mandatori untuk pelajar perubatan di hospital kerajaan (2 tahun perkhidmatan wajib dan 2 tahun latihan housemanship) yang menjadi syarat wajib sebelum layak ditauliahkan sebagai doktor.

 

 

Walau bagaimanapun, pada bulan Oktober tahun lalu, ramai yang tidak perasan bahawa tempoh perkhidmatan tersebut telah dikurangkan dari 2 tahun kepada 18 bulan, yang bermaksud mereka bebas untuk bekerja di sektor swasta atau mencari peluang di luar negara sebelum tempoh dua tahun berakhir. Keputusan berkenaan dilihat dapat meredakan tekanan yang dihadapi oleh pegawai perubatan di bawah sistem kontrak kementerian kesihatan.

 

 

Majlis Perubatan Malaysia di bawah Seksyen 42 Akta Perubatan 1971 memaklumkan, kriteria kelayakan untuk pengurangan tempoh perkhidmatan wajib hanya akan dipertimbangkan bagi mereka yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun dan enam bulan di sektor awam. Langkah ini dilakukan untuk mendorong doktor kontrak bekerja di sektor swasta seterusnya meredakan tekanan kepada kerajaan yang kini dibebani dengan masalah 23,000 doktor kontrak yang masih menunggu penempatan tetap selain ribuan pelajar perubatan yang bakal/baru menamatkan pengajian.

 

Sebelum ini,  perkhidmatan wajib untuk doktor di hospital awam adalah selama tiga tahun sementara perkhidmatan praktikal (housemanship) selama satu tahun. Pada tahun 2010, tempoh wajib perkhidmatan dikurangkan menjadi dua tahun tetapi tempoh housemanship dipanjangkan menjadi dua tahun. Jumlah minimum tahun perkhidmatan di bawah kerajaan kekal pada empat tahun.

 

Langkah pengurangan tempoh perkhidmatan terbaru yang tidak diumumkan secara meluas itu, telah menyebabkan kerajaan mengalami kesulitan kerana terpaksa menampung sejumlah besar doktor yang menyelesaikan perkhidmatan housemanship sehingga mengakibatkan sistem kontrak berlaku. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Subramaniam Muniandy, mengatakan bahawa mereka tidak menyedari peruntukan ini dan akan memberi komen kemudian.

 

Seorang perunding kanan di sebuah hospital swasta mengatakan bahawa perkhidmatan penuh selama empat tahun termasuk latihan praktikal (housemanship) di hospital kerajaan atau institusi lain, adalah cara terbaik bagi doktor untuk mendapatkan kemahiran. Ianya tidak adil sekiranya perkhidmatan doktor kontrak ditamatkan untuk meringankan beban kewangan kerajaan. Sebilangan besar doktor senior merasakan bahawa semakin lama mereka berkhidmat di hospital kerajaan, semakin cekap kemahiran mereka mengendalikan pesakit. 

 

Berdasarkan perubahan polisi terbaru ini juga, doktor yang menamatkan latihan housemanship dibenarkan untuk memohon penangguhan perkhidmatan wajib mereka dengan alasan yang munasabah sementara mereka yang menjalani housemanship di hospital yang diiktiraf di luar negara termasuk yang telah berkhidmat di luar negara dengan pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 10 tahun boleh memohon pengecualian dari perkhidmatan wajib di negara ini setelah mereka kembali. Untuk yang berminat untuk memohon penangguhan atau pengecualian perkhidmatan boleh klik MALAYSIAN MEDICAL COUNCILGUIDELINES & APPLICATION FORM RELAXATION OF COMPULSORY SERVICE  untuk mendapatkan borang permohonan. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail