Doktor Tak Boleh Cakap Melayu, Macam Mana Nak Rawat Pesakit? - Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2017, 04:48 pm

Kecoh baru-baru ini mengenai isu syarat kelayakan untuk jadi doktor perubatan kontrak di Malaysia dimana, bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred 1, doktor wajib lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

doctors

 

Walau bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 23 Februari yang lalu membuat keputusan untuk melonggarkan syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred 1 tetapi mereka mesti menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib selama dua tahun sebagai menggantikan syarat Lulus BM SPM. Alasannya untuk mengelakkan negara kehilangan kepakaran ratusan graduan perubatan setiap tahun dan pakar perubatan di luar negara tidak boleh dibawah masuk untuk berkhidmat di Malaysia. Maklumlah majoriti mereka tidak tahu cakap Melayu. Bangladesh boleh cakap melayu? eehh.

 

IKONBMSPMNOV2016

   

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Ravindran R. Naidu menyokong keputusan tersebut kerana melalui langkah itu, kira-kira 300 hingga 400 graduan perubatan termasuk yang menjalani persekolahan di luar negara dan menduduki peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa dapat menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib dua tahun di Kementerian Kesihatan.

 

IMG_7832

 

Jika syarat ini kekal, mereka bimbang graduan perubatan ini akan disia-siakan kerana sebelum dianugerahkan sijil pengamal perubatan, mereka wajib menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib di hospital kerajaan. Ini tertakluk kepada Akta Perubatan 1971, di bawah Seksyen 13 (2) bahawa seseorang graduan perubatan yang diberi Pendaftaran Sementara oleh Majlis Perubatan Malaysia wajib menjalani dan melengkapkan latihan siswazah dengan kompeten sebelum boleh diberi Pendaftaran Penuh sebagai seorang Pegawai Perubatan yang bertauliah.

   

Manakala, Seksyen 40 Akta yang sama turut menetapkan bahawa Pegawai Perubatan perlu menjalani khidmat wajib di dalam sektor awam setelah diberi Pendaftaran Penuh. Susah sangat ke lulus Bahasa Melayu?. Kalau cakap tak susah, kenapa ada juga orang Melayu yang gagal Bahasa Melayu SPM?. Tanya je jangan marah hihi.

 

f8cc

 

Yang menyokong satu hal dan ada juga yang mempertikaikan keputusan tersebut. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Persekutuan) dalam satu status beliau di Facebook meminta pihak KKM memperhalusi semula kelonggaran tersebut.

 

Picture2

 

Selain itu, Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahril Hamdan “Bagaimanakah seorang doktor boleh memberi rawatan yang berkesan kepada pesakit sekiranya terdapat masalah komunikasi di mana pesakit tidak mempunyai penguasaan yang baik di dalam bahasa selain daripada Bahasa Melayu? Terdapat juga risiko berlaku kesilapan diagnosis dan rawatan sekiranya doktor tidak boleh memahami apa yang cuba disampaikan oleh pesakit".

 

p1

 

Benar juga apa yang diperkatakan. Jadi apa penyelesaian kepada isu ini. Diluah mati anak, ditelan mati bapak. Jika tidak diluah atau ditelan, masalah tidak akan selesai. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam akan diminta memberi penjelasan berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini. Jadi sama-samalah kita TUNGGUUU keputusannya. Teruskan dapatkan update terkini di laman rasmi facebook afterschool.my.

 

Apa keputusan ni...- Buat hal la korang

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail