Doktor & Ahli Farmasi Tiada Jaminan Jawatan Tetap dalam Kerajaan Walaupun Pengajian Ditaja oleh Kerajaan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 24, 2017, 03:08 pm

Ramai yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam bidang perubatan. Namun, tahukah anda bahawa, walaupun anda merupakan pelajar perubatan tajaan kerajaan sekali pun, anda sudah tidak dijamin lagi untuk mendapat pekerjaan tetap dalam sektor awam dan ianya adalah tertakluk kepada kontrak. Benarkah?

 

maxresdefault

 

Baru-baru ini, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa status pekerjaan tetap bagi doktor, ahli farmasi dan doktor gigi dalam perkhidmatan awam tidak lagi terjamin seperti mana sebelum ini. Seiring dengan kenyataan tersebut, kerajaan telah mula mengeluarkan tawaran pekerjaan secara kontrak kepada mereka sejak bulan lepas seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017.

 

stressed_girl

 

Menurut Kementerian Kesihatan, jika doktor berjaya menamatkan tugas sebagai doktor pelatih (housemanship) dalam tempoh kontrak iaitu selama tiga tahun, mereka mempunyai satu lagi kontrak perkhidmatan wajib selama dua tahun manakala bagi ahli farmasi pula, mereka akan ditawarkan pekerjaan dengan berdaftar dibawah ahli farmasi provisional (PRP) untuk tempoh satu tahun, dengan tawaran kontrak maksimum selama dua tahun. Sementara itu, bagi doktor gigi pula, tiada latihan wajib untuk doktor gigi dan perkhidmatan wajib bagi mereka adalah selama satu tahun, dengan tawaran kontrak maksimum tiga tahun.

 

stock-photo-unemployed-jobless-business-people-crowd-top-managers-black-and-white-monochrome-illustration-365418023

 

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata, langkah itu dibuat bertujuan mengurangkan masa menunggu untuk latihan dan perkhidmatan wajib bagi calon yang lain. Klik di sini untuk lihat berita tersebut.  Sejak bulan lepas, 1,219 calon telah mula ditawarkan pekerjaan secara kontrak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sungguh pun demikian, sekiranya calon berkenaan menunjukkan prestasi yang baik, mereka akan dipertimbangkan untuk pelantikan ke jawatan tetap berdasarkan merit semasa tempoh latihan 'housemanship' atau jika mendapat syor oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

 

l_20140105-snow-unemployment-whyy1200

 

Walau bagaimanapun, kakitangan kompeten yang memenuhi keperluan khusus bidang perubatan akan ditawarkan ke jawatan tetap, tetapi jangan terlalu berharap kerana ianya mungkin tidak ditawarkan dalam waktu yang terdekat sehingga terdapat kekosongan. Berkenaan dengan gaji, gaji mereka akan mengikut tarikh ke belakang (back dated) mengikut tarikh pelantikan apabila terdapat kekosongan jawatan itu kelak. Untuk pengetahuan anda, gaji asas bulanan doktor pelatih adalah sama seperti kategori perkhidmatan tetap gred UD41 iaitu RM2,947, manakala doktor gigi (gred UG41) mendapat RM2,844 dan RM2,740 (UF41) untuk ahli farmasi.

 

image

 

Apabila dicampur elaun lain, gaji keseluruhan dianggarkan berjumlah RM4,000. Selain gaji asas, mereka turut menikmati beberapa faedah sama seperti mana yang diterima oleh doktor tetap berdasarkan pekeliling 2008. Mereka diletakkan di bawah 'kontrak diubahsuai' antaranya adalah bayaran penuh cuti sakit sehingga 90 hari, lanjutan rawatan perubatan bagi ibu bapa di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan. Namun,  bagi pinjaman perumahan, hanya mereka yang dilantik ke jawatan tetap sahaja yang boleh membuat permohonan.

 

Bagi pemegang biasiswa kerajaan yang masih belum ditawarkan ke jawatan tetap di kementerian itu, Dr Chen berkata, mereka boleh memohon pekerjaan di hospital universiti, hospital tentera serta sektor swasta selepas tamat tempoh perkhidmatan wajib. Beliau menambah, bagi tahun ini, kementerian merancang untuk mengambil seramai 9,300 calon untuk enam kelompok pengambilan melibatkan 5,425 calon doktor pelatih, tiga kelompok (1,921) pegawai pergigian dan empat kelompok (1,954) ahli farmasi sekali gus dapat mengurangkan masa menunggu untuk latihan dan perkhidmatan wajib bagi calon yang lain.

 

pharmacy

 

Walaupun kini, jawatan doktor dan ahli farmasi sudah tidak ditawarkan ke jawatan tetap tetapi ianya bukan bermakna kerjaya ini sudah tidak laku. Anda yang mungkin merupakan bakal doktor atau berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan usah khuatir. Banyak lagi peluang pekerjaan di tempat lain seperti klinik swasta, hospital swasta manakala ahli farmasi pula di rangkaian farmasi-farmasi seluruh negara. Sektor kesihatan ini sudah menjadi satu keperluan asas dan bukan lagi pilihan. Apa yang anda perlu lakukan adalah belajar bersungguh-sungguh, faham apa yang diajarkan dan pastikan anda boleh mempraktikkan semula kerana kerjaya dalam bidang perubatan ini sangat berkait rapat dengan praktikal bukannya sekadar teori semata-mata. Apa-apa pun kami mengucapkan selamat maju jaya!.

 

company

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail