Berminat Sambung Belajar ke United Kingdom (UK), Ini 9 Biasiswa yang Wajib Korang Tahu

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 02:33 am

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh UNESCO, seramai lebih 19,000 ribu pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di United Kingdom. Dengan jumlah yang seramai ini meletakkan UK ditangga pertama bagi keseluruhan jumlah pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian ke luar negara, diikuti Australia 15,113 , United States 8,469 dan lain-lain.

Memandangkan UK menjadi pilihan ramai pelajar Malaysia, ini menunjukkan bahawa kelayakan akademik di negara kita diiktiraf oleh kebanyakkan universiti yang terletak di UK. Walaupun memenuhi syarat kelayakan dan berjaya mendapat tawaran belajar di sana, tak semua cita-cita boleh dicapai dengan mudah kerana kekangan kewangan dan kos sara hidup di UK bukanlah murah. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini tidak banyak basiswa yang ditawarkan untuk pengajian ke luar luar negara baik dari pihak kerajaan atau swasta.

Sungguh pun begitu, ramai juga pelajar yang masih berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara atas bantuan biasiswa. Jadi, biasiswa apa yang dipohon oleh mereka yang berjaya ini, berikut  kami kongsikan senarai biasiswa popular yang dipohon oleh kebanyakan mereka yang sambung belajar ke UK. Anda boleh buat semakan terus ke link biasiswa untuk info syarat kelayakan, tarikh permohonan dibuka setiap tahun, jumlah pembiayaan, bidang pengajian yang ditaja selain universiti mana yang boleh dipohon dengan kelayakan akademik negara kita. 

Biasiswa Albukhary

Yayasan Albukhary yang dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary iaitu salah sorang bilionare Malaysia ini merupakan sebuah badan amal yang ditubuhkan bagi memastikan pelajar yang cemerlang tetapi kurang berkemampuan mendapat peluang pendidikan bertaraf dunia. Sebanyak 10 biasiswa ditawarkan setiap tahun kepada mereka yang berjaya memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang dan memerlukan bantuan kewangan. 

Bagi anda yang ingin memohon biasiswa ini, anda perlu terlebih dahulu membuat permohonan dan menerima tawaran belajar ke kursus sarjana muda secara sepenuh masa di salah sebuah universiti terkemuka di UK iaitu University of Warwick dibawah School of Engineering or Warwick Business School.

Sekiranya berjaya, anda boleh memohon biasiswa dan peluang tinggi untuk berjaya ditawarkan. Untuk info lanjut mengenai biasiswa, sila klik BIASIWA ALBUKHARY.

Biasiswa Maybank

Program Biasiswa Kumpulan Maybank telah menaja lebih 2,000 pelajar Malaysia ke UK!. Sekiranya anda ingin memohon, pastikan anda memohon melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan, kewangan, pengurusan, sumber manusia, undang-undang dan perniagaan kerana hanya bidang-bidang ini sahaja yang ditaja oleh Maybank

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biasiswa yang ditawarkan oleh Maybank, anda boleh KLIK BIASISWA MAYBANK

Biasiswa PETRONAS

PETRONAS memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Syarikat ini merupakan syarikat GLC di Malaysia yang menawarkan lebih 5,000 biasiswa kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke universiti di UK. Walaupun mereka mempunyai universiti sendiri iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), tetapi tetap sahaja mereka membuka tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk menimba ilmu di luar negara, tamat pengajian bekerja dibawah PETRONAS dan menyumbang kembali kepada syarikat berkenaan. 

Petronas menaja program pengajian kejuruteraan antaranya Applied chemistry, chemical engineering, electrical and electronic engineering, material engineering, mechanical engineering, petroleum engineering or software engineering, dan banyak lagi. 

Untuk menyemak info penuh biasiswa klik BIASISWA PETRONAS. 

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB)

PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) negara. Sepanjang empat dekad yang lalu, PNB telah berkembang menjadi syarikat pengurusan dana yang terbesar di Malaysia. Dengan keuntungan yang diperolehi PNB melalui tanggungjawab sosial mereka telah menawarkan biasiswa untuk mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara (UK). Bidang yang ditaja oleh mereka adalah perakaunan,kewangan, ekonomi, undang-undang dan matematik

Untuk info lanjut mengenai biasiswa PNB boleh klik BIASISWA PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)

Biasiswa Sime Darby

Sepanjang 30 tahun penawaran biasiswa ini, lebih daripada 4,440 pelajar telah mendapat manfaat daripada biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Sime Darby. YSD menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia yang layak dengan memperolehi prestasi akademik yang sangat baik dan kualiti kepimpinan untuk pengajian ijazah pertama di universiti luar negara. YSD menaja mereka yang melanjutkan pengajian dalam bidang kewangan, perakaunan, ekonomi, kejuruteraan, pengajian aktuari atau sains komputer. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biasiswa, klik Biasiswa Yayasan SIME DARBY.

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan biasiswa kepada pelajar dari Institut Pendidikan MARA (IPMa). IPMa dihubungkan dengan pelbagai institusi pengajian tinggi seperti Institut Jerman-Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kolej Profesional MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),Institut Perindustrian MARA-Jepun, Institut Kemahiran MARA, GIATMARA dan Kolej MARA

Biasiswa MARA terbuka kepada pelajar di Kolej MARA Seremban dan Kolej MARA Banting yang mengikuti program A-Levels atau International Baccalaureate. Dengan biasiswa ini, pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Jadi, sekiranya anda berminat, selepas SPM pastikan memohon biasiswa MARA DAN BERJAYA ditawarkan ke Kolej MARA Seremban dan Kolej MARA Banting. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biasiswa ini, boleh klik BIASISWA MARA.

Biasiswa British Council (Great Scholarship)

Untuk menyokong lebih ramai pelajar Malaysia untuk belajar di UK, British Council, bersama-sama dengan 9 universiti di UK, telah melancarkan kempen Biasiswa HEBAT 2020 - Malaysia. Dengan 10 biasiswa pascasiswazah yang ditawarkan, nilai keseluruhan skim biasiswa Malaysia adalah lebih dari £ 100,000.

Anda boleh memohon kursus dalam pelbagai mata pelajaran termasuk undang-undang, perniagaan, seni dan reka bentuk, biosains, IT dan banyak lagi, di 9 institusi yang mengambil bahagian di seluruh UK. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biasiswa ini, boleh klik BIASISWA GREAT BRITISH COUNCIL.

Biasiswa Komanwel 

Commonwealth Scholarship adalah untuk pelajar dari latar belakang yang kurang bernasib baik di seluruh negara-negara Komanwel termasuk Malaysia. Dengan membiayai pengajian pascasiswazah dalam pelbagai format kajian yang berbeza, membantu menyokong inovator dan pemimpin masa depan.Anugerah bersejarah ini adalah skim biasiswa utama UK yang difokuskan untuk menyokong matlamat pembangunan antarabangsa Britain. Ia dirancang untuk menarik bakat luar biasa ke universiti-universiti di UK dan juga menyokong pembangunan lestari di luar negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biasiswa ini, boleh klik BIASISWA KOMANWEL .

Dah tahu biasiswa yang hendak dimohon, risau pula unversiti mana yang mudah untuk menerima permohonan pelajar Malaysia ke unversiti mereka. Salah sebuah universiti terkemuka di UK iaitu ditangga ke 9 (The Guardian 2020), tangga ke 62 seluruh dunia (QS World University Ranking)  keseluruhan universiti terbaik di UK adalah Warwick University. Universiti ini sangat mengalakkan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke universiti mereka. Jadi, sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, memang senang sahaja akan diterima oleh mereka. 

Untuk info lanjut mengenai program yang ditawarkan, cara memohon selain biasiswa dalaman yang ditawarkan mereka, layari laman rasmi mereka https://warwick.ac.uk/. Bagi anda yang ingin menyemak cara permohonan masuk ke universiti-universiti lain yang terletak di UK termasuk ke Warwick University, sila klik CARA MOHON SAMBUNG BELAJAR KE UK, untuk panduan penuh permohonan. SEMOGA BERJAYA!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail