Kenapa Anda Perlu Mohon Sambung Belajar dibawah UKM International Degree Programme (UKM IDP)?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 18, 2019, 08:11 am

Sudah banyak kali kami menghebahkan mengenai peluang ini kepada anda dan kami yakin ramai lagi yang masih ragu sama ada ingin memohon ataupun tidak. Jadi, menerusi artikel ini kami kongsikan 6 sebab anda patut mohon ke UKM IDP.

 

Permohonan dalaman tanpa melalui UPU

Program UKM IDP ini adalah permohonan dalaman yang BUKAN melalui UPU. Anda boleh terus memohon bagi merebut tempat bagi kursus pengajian yang ditawarkan. Sekiranya anda berminat, boleh klik UKM IDP untuk dapatkan info lanjut dan link permohonan . Mohon segera sebelum kuota kursus yang anda minati penuh.

 

 

Kursus pengajian terbaik dalam pelbagai bidang

Semua kursus pengajian dibawah UPU  turut ditawarkan dibawah UKM IDP ini antaranya kursus perubatan, farmasi, kejuruteraan, pengajian islam dan banyak lagi. Anda boleh KLIK DISINI untuk semak semua kursus pengajian yang ditawarkan. Jadi, kenapa anda perlu memilih ke IPT lain sedangkan UKM yang telah terbukti cemerlang dan menyediakan kualiti pembelajaran terbaik untuk anda?.

 

 

Syarat kelayakan yang rendah

Syarat kelayakan yang diletakkan bagi pelajar kemasukan melalui UKM IDP adalah rendah berbanding pelajar yang mohon melalui UPU. Untuk semak syarat kelayakan anda boleh klik SYARAT KELAYAKAN UKM IDP.

 

Jika anda bandingkan syarat kelayakan melalui UKM IDP dan UPU, syarat kelayakan masuk dibawah UKM IDP adalah lebih rendah. Jadi kenapa perlu risau kalau anda tidak memenuhi syarat kelayakan kursus yang diminati melalui UPU, mohon sahaja dibawah UKM-IDP. 

 

 

Kuliah pembelajaran bersama pelajar melalui ambilan UPU

Banyak IPT yang membuat pengambilan dalaman tanpa melalui UPU. Walaubagaimanpun majoriti IPT berkenaan, kuliah pengajian dijalankan secara berasingan dengan pelajar ambilan melalui UPU. Tetapi melalui UKM-IDP ini, pelajar akan berada dalam satu kuliah pembelajaran dengan pelajar yang masuk melalui UPU. Jadi tidak ada sebarang perbezaan. Tenaga pengajar, bahan pembelajaran semuanya adalah sama.

 

 

Berpeluang mengikuti program musim panas di luar negara selama sebulan

Menerui program UKM IDP ini juga, anda turut berpeluang untuk mengikuti program musim panas selama sebulan di institusi pengajian tinggi di negara-negara seperti Korea, Jepun, Indonesia, Vietnam, China, Mexico, Jerman dan Amerika Syarikat. Menerusi program ini, anda akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti belajar bahasa dan budaya tempatan dan bergaul dengan penduduk tempatan. Peluang ini sememangnya perlu direbut sebaik mungkin sekaligus memperolehi pengalaman yang tidak ternilai!.

 

 

Pelajar UKM -IDP terbukti mampu bersaing dengan pelajar ambilan UPU

Walaupun syarat kelayakan masuk rendah, dan pelajar melalui UKM-IDP ini bukan diambil melalui UPU tetapi mereka mampu membuktikan bahawa, mereka adalah hebat sama seperti pelajar ambilan UPU, malah lebih baik. Jadi, jika anda risau tidak mampu untuk bersaing kelak, anda boleh jadikan pelajar senior ambilan UKM-IDP ini sebagai dorongan untuk berusaha dan menjadi yang terbaik.

 

Akhir kata, kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai UKM IDP, boleh KLIK DISINI. Untuk sebarang persoalan yang mungkin menganggu fikiran anda mengenai perkara ini, Sila KLIK SINI untuk baca soal jawab berkaitan UKM IDP. Untuk terus ke laman rasmi permohonan, KLIK DISINI. Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail