Soal Jawab UKM International Degree Programmes yang Wajib Anda Tahu

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 06, 2019, 01:55 pm

Pelbagai persoalan timbul mengenai UKM IDP yang sedang dibuka untuk permohonan sekarang. Kepada anda yang ingin mengetahui info lanjut mengenai program ini, boleh ikuti soal jawab mengenai program ini dibawah. 

 

 

Apa itu UKM-IDP program?

Pada awalnya, program ini diperkenalkan oleh UKM untuk pengambilan pelajar antarabangsa ke universiti itu. Walau bagaimanapun, disebabkan terlalu ramai permintaan daripada ibu bapa dan pelajar tempatan, UKM turut membuka permohonan kepada pelajar tempatan bermula pada tahun lepas. 

 

Bilakah bulan kemasukan dan tempoh permohonan UKM-IDP dibuka?

Berikut kami kongsikan bulan pengambilan dan tempoh permohonan bagi tahun 2019.  :

 

Berapakah jumlah kursus pengajian yang ditawarkan dibawah UKM-IDP?

Semua program pengajian ditawarkan sama seperti dibawah permohonan UPU bagi mod pengajian sepenuh masa (Full time). Boleh rujuk gambar dibawah. Bagi menyemak senarai keseluruhan kursus yang ditawarkan mengikut fakulti boleh KLIK DISINI. Semak senarai kursus pengajian berserta syarat kelayakan. 

 

Apakah syarat kelayakan bagi program pengajian dan adakah sama seperti syarat kelayakan dibawah UPU?

Syarat kelayakan dibawah UKM IDP lebih rendah berbanding melalui UPU. Kepada anda yang ingin menyemak syarat kelayakan boleh klik pautan berikut : Syarat kelayakan dan semak mengikut fakulti dan kursus pengajian yang ingin dipohon. 

 

Siapakah yang layak memohon?

Semua yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dan memenuhi syarat kelayakan, layak untuk membuat permohonan seperti kelayakan STPM, Matrikulasi, STAM, Foundation, Asasi, A-Level, International Baccalaureate dan kelayakan lain yang boleh disemak di bawah syarat kelayakan bagi setiap fakulti diatas.

 

Bagaimana cara untuk memohon?

Kepada yang berminat untuk memohon, sila rujuk gambar panduan dibawah :

 

Berapakah yuran pengajian, adakah sama seperti pelajar melalui UPU?

Tidak sama, yuran pengajian lebih tinggi sedikit kerana pelajar yang berjaya berpeluang untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke luar negara selama sebulan di negara seperti Korea, Jepun, Indonesia, Vietnam, China, Mexico, Jerman dan Amerika Syarikat. Untuk semak yuran pengajian boleh rujuk dibawah. 

 

Apakah yang akan dipelajari semasa program pertukaran ke luar negara selama sebulan kelak?

Program ini akan membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti mempelajari bahasa dan budaya tempatan serta bergaul dengan penduduk tempatan.

 

Adakah UKM meletakkan had kuota pengambilan?

Ya, sudah semestinya. Jumlah pengambilan bergantung kepada tempat bagi setiap kursus pengajian yang ditawarkan. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan memohon terlebih dahulu akan diberi keutamaan untuk memenuhi tempat yang disediakan. Jumlah sebenar tidak dinyatakan oleh UKM. Jadi sebaiknya segera buat permohonan. 

 

Adakah permohonan saya melalui pengambilan dalaman UKM IDP ini akan mempengaruhi permohonan rayuan dibawah UPU?

Tidak. permohonan ini adalah melalui sistem yang berbeza dan tidak akan mempengaruhi langsung permohonan rayuan UPU pemohon.

 

Adakah pelajar dibawah UKM IDP akan belajar satu kelas dengan pelajar melalui UPU?.

Ya, pelajar akan belajar satu kelas bersama dengan pelajar lain dan menikmati kemudahan sama seperti pelajar lain.

 

Adakah penginapan disediakan kepada pelajar dibawah UKM IDP?

Ya, penginapan disediakan. Untuk menyemak yuran penginapan, boleh rujuk gambar dibawah. 

 

Bilakah tarikh keputusan permohonan akan diumumkan?

Keputusan tidak diumumkan serentak seperti mana UPU. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan akan ditawarkan surat tawaran melanjutkan pengajian ke UKM-IDP. Disebabkan itulah kami nasihatkan anda supaya membuat permohonan awal sebelum kuota tempat penuh. Jika sudah penuh, jangan hairan kalau permohonan anda ditolak walaupun memenuhi syarat kelayakan.

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat merelaikan segala persoalan dalam fikiran anda. Tidak rugi pun anda mohon ke program ini, lagi rugi jika masuk ke program pengajian bukan pilihan. UKM sememangnya sudah terbukti sebagai sebuah universiti yang berprestij dan mencipta kecemerlangan setiap tahun. Jadi, tenaga pengajar mereka adalah yang terbaik. Buatlah pilihan yang tepat, demi masa depan anda. Jika ada sebarang soalan tambahan lain, anda boleh kemukakan di ruangan komen. Nanti admin akan kemaskini artikel ini. Kepada yang berminat untuk mengemukakan permohonan, sila klik : PERMOHONAN UKM-IDP. Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail