logo
logo

    Courses

    Institutions

Bina Masa Depan Anda bersama Biasiswa Global Yayasan UEM

Afterschool

Afterschool

May 28, 2024

Yayasan UEM menawarkan biasiswa penuh untuk pelajar Malaysia melanjutkan A-Level di KYUEM dan Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara. Biasiswa ini merangkumi yuran pengajian, perbelanjaan harian, dan kos akademik. Pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya 7A dalam SPM, kemahiran bahasa Inggeris yang baik, dan rekod kokurikulum yang kukuh. Selain bantuan kewangan, pelajar turut mendapat peluang latihan dalam kemahiran kepimpinan dan komunikasi.





Key Takeways
  • Biasiswa Yayasan UEM menawarkan sokongan kewangan penuh untuk pengajian A-Level dan ijazah sarjana muda di luar negara.
  • Biasiswa terbuka untuk pelajar Malaysia yang cemerlang dengan kepimpinan yang kuat dan penglibatan kokurikulum yang baik.
  • Graduan mendapat manfaat daripada program bimbingan dan peluang kerjaya dengan UEM Group serta syarikat-syarikat yang bersekutu.

Biasiswa Yayasan UEM Global
Berita baik untuk pelajar lepasan SPM 2023. Anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara?

Yayasan UEM menawarkan biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajian peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti terkemuka luar negara.

Manfaat dan syarat kelayakan Biasiswa Yayasan UEM Global  
Biasiswa Yayasan UEM merupakan biasiswa penuh merangkumi yuran pengajian, perbelanjaan harian, kos berkaitan akademik, insurans dan banyak lagi. Penerima biasiswa Yayasan UEM Global akan melanjutkan pengajian mereka di peringkat pra-universiti (A-Level) di Kolej Yayasan UEM (KYUEM), Lembah Beringin selama 2 tahun dan seterusnya ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti antarabangsa. Syarat permohonan bagi Biasiswa Yayasan UEM Global Scholarship ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia, memperoleh sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan SPM serta fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Pemohon juga harus mempunyai rekod kokurikulum yang baik dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. 

Mengapa biasiswa Yayasan UEM adalah plihan yang terbaik?
Di samping bantuan kewangan, Yayasan UEM ini turut menganjurkan pelbagai program khas untuk mengasah dan meningkatkan kemahiran pelajar tajaan mereka dalam aspek komunikasi, kepimpinan serta daya berfikiran aras tinggi yang merupakan asas dalam melahirkan pelajar yang holistik, serba boleh dan cemerlang dalam persekitaran akademik dan profesional kelak.

Peluang mengubah hidup
Pengalaman Ku Ai Er, penerima biasiswa Yayasan UEM lima tahun lalu, boleh dijadikan inspirasi. Menurutnya,  perhatian yang penuh dapat ditumpukan terhadap pengajiannya tanpa perlu bimbang tentang masalah kewangan kerana kos pengajian dan perbelanjaan hariannya ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan UEM. Selain diiktiraf sebagai pelajar cemerlang di Malaysia dalam kursus Perakaunan di peringkat A-Level, Ku Ai Er juga berjaya memperoleh “Dean’s Excellence List Award”. Yayasan UEM turut menyediakan program bimbingan tambahan yang telah membantunya mengasah kemahirannya. Ku Ai Er telah menjalani latihan dengan syarikat terkemuka, Deloitte di Cambridge yang akhirnya membawa kepada tawaran kerja setelah menamatkan pengajiannya. Tawaran tersebut telah merealisasikan impiannya untuk menjadi akauntan bertauliah.

Potensi kerjaya yang luas
Yayasan UEM menjamin peluang kerjaya dibawah UEM Group dan anak-anak syarikatnya, serta rakan kongsi dibawah Yayasan UEM Bond Transfer Programme yang diluluskan selepas penerima biasiswa berjaya menamatkan pengajian sarjana muda. Bond Transfer Programme ini membuka peluang kerjaya dalam syarikat-syarikat profesional yang bereputasi tinggi  dalam pelbagai bidang.

Lagi kisah inspirasi pelajar tajaan Yayasan UEM
Dengan peluang dan kemahiran yang diberikan oleh Biasiswa Yayasan UEM, pelajar dapat mencapai kejayaan dalam bidang pengajian masing-masing. Berikut adalah perkongsian daripada beberapa pelajar tajaan Yayasan UEM khususnya Yayasan UEM Global Scholarship tentang bagaimana Yayasan UEM telah berjaya membantu merealisasikan impian mereka.

Wan Muhammad Akif 
"Bantuan yang diberikan bukan sekadar kewangan sahaja. Malah, persekitaran yang positif di KYUEM juga membantu saya mencapai impian saya."

Wong Kah Wang"
Saya sedang mengikuti pengajian A-Level di KYUEM dan berhasrat untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Saya berterima kasih kepada Yayasan UEM kerana membantu saya mengatasi halangan kewangan melalui biasiswanya dan kini saya lebih yakin dalam mengejar impian saya."

Wan Adriana Hassan
"Saya sedang mengikuti pengajian dalam kursus ekonomi dan matematik. Saya merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang ekonomi dan pengurusan di peringkat ijazah sarjana muda nanti. Yayasan UEM, bukan sahaja menawarkan bantuan biasiswa tetapi juga bimbingan untuk memilih hala tuju pendidikan yang terbaik untuk saya."

Muhammad Arshad 
"Biasiswa ini telah mengubah hidup saya. Saya berazam untuk menyumbang semula kepada komuniti saya setelah berjaya kelak."

Biasiswa Yayasan UEM bukan sekadar memberi sokongan kewangan untuk pendidikan tetapi ia juga merupakan pilihan terbaik untuk masa depan anda. Jangan lepaskan peluang anda untuk memohon biasiswa Yayasan UEM Global  hari ini. Jom melangkah menuju masa depan yang cemerlang!

Untuk maklumat lanjut tentang cara memohon, klik di sini. Bina masa depan anda bersama Yayasan UEM!

news images
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background