Universiti Terbaik Jepun Buka Kampus Universiti Asing Pertama di Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 25, 2021, 09:00 am

Universiti terkemuka Jepun, Universiti Tsukuba yang melahirkan tiga pemenang Hadiah Nobel akan menubuhkan kampus cawangan pertama universitinya di Malaysia menjelang tahun 2023. 

 

 

Malaysia menjadi pilihan memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang menunjukkan minat untuk mengikuti pengajian ijazah sepenuh dalam bahasa Jepun yang ditawarkan oleh beberapa universiti tempatan. Selain itu juga, mengikut rekod seramai lebih 30,000 rakyat Malaysia telah menetap di Jepun sama ada untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi atau atas tujuan latihan yang dihantar oleh majikan masing-masing. 

 

Kampus universiti asing Jepun di Malaysia itu kelak akan mengunakan bahasa Jepun dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan pelajar yang berdaftar dijadualkan akan mula belajar bahasa Jepun pada tahun depan. 

 

Ini merupakan berita baik kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Jepun tetapi menghadapi kekangan dari segi kewangan dan situasi semasa Covid yang membimbangkan. Dengan penubuhan universiti Jepun berkenaan, yuran pengajian dan kos sara hidup akan lebih rendah berbanding jika sambung belajar di sana dan mungkin berpeluang untuk belajar di kampus induk Jepun selama beberapa semester seperti mana kampus universiti asing lain di Malaysia. 

 

Untuk info lanjut mengenai universiti Tsukuba, anda boleh layari Tsubuka University. Kami akan mengemaskini artikel ini apabila program pengajian yang ditawarkan telah mula ditawarkan dan permohonan kemasukan dibuka kelak. Anda juga boleh klik untuk menyemak senarai kampus asing terbaik luar negara yang terletak di Malaysia.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail