Universiti Malaysia Kelantan Buka Pengambilan Dalaman ke Program Ijazah Ambilan September 2018

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 09, 2018, 12:47 pm

Berita baik kepada pemohon UPU yang gagal dalam permohonan dan sedang menunggu keputusan rayuan UPU, selain memohon ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membuka pengambilan dalaman, anda dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan secara terus ke Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). 

 

Pihak fakulti memaklumkan, mereka sekarang sedang membuka lebih daripada 600 tempat untuk pelajar lepasan STPM/setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti awam dibawah Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi peringkat pengajian ijazah sarjana muda. Berikut adalah senarai kursus pengajian yang ditawarkan dibawah fakulti berkenaan :

 

 

Menariknya, bidang pengajian yang ditawarkan di bawah fakulti ini sememangnya menjadi keperluan industri semasa dan akan datang seterusnya bakal memudahkan laluan kerjaya selepas tamat pengajian kelak. Untuk menyemak syarat kelayakan bagi setiap kursus pengajian, sila klik mengikut program ijazah seperti berikut :

 

 

Kepada yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk memohon. Anda perlu menghantar surat rasmi permohonan berserta dengan dokumen akademik & kokurikulum berkaitan seperti berikut :

  • Surat rasmi permohonan (pastikan anda nyatakan kursus yang ingin dipohon dan kenapa berminat hendak memohon ke kursus berkenaan)
  • Sijil akademik berkaitan termasuk MUET (pastikan semua sijil sudah disahkan)
  • Sijil kokurikulum berkaitan (pastikan semua sijil sudah disahkan)

 

Surat permohonan dan dokumen yang lengkap hendaklah dihantar terus atau melalui pos ke alamat berikut : 

Dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan

Universiti Malaysia Kelantan,

Karung Berkunci 01,

16300 Bachok, Kelantan

 

Disamping itu, selain UMK anda juga boleh mengemukakan permohonan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut membuka pengambilan dalaman melibatkan lebih 45 buah kursus pengajian. Untuk info lanjut mengenai permohonan ke UKM, SILA KLIK DISINI

 

 

Semoga perkongsian ini membantu dan semoga berjaya!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail