Ketahui Cara Memohon Direct Intake Universiti Malaya (UM) Tanpa Melalui UPU

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 22, 2019, 02:38 am

Jika anda tidak berjaya dalam permohonan UPU, jangan bersedih dulu. Kami anda berita gembira yang hendak dikongsikan terutamanya kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya (UM) dibawah University of Malaya Centre of Continuing Education (UMCCED). Berikut kami kongsikan beberapa buat program yang ditawarkan berserta kursus pengajian yang boleh dipohon.

 

 

University of Malaya Open Channel

Saluran Terbuka Universiti Malaya (SATU) adalah saluran khas untuk pengambilan pelajar bagi peringkat pengajian Sarjana Muda. Melalui saluran ini, UM membuka peluang kepada lebih ramai pelajar yang memenuhi syarat kelayakan untuk mengikuti program pengajian yang berkualiti dan diiktiraf. Berikut adalah kursus pengajian dibawah saluran ini ini. Klik senarai kursus untuk semak syarat kelayakan dan panduan permohonan. Untuk ke portal rasmi permohonan, sila KLIK DISINI:

 

 

Pengajian Islam (Islamic Studies)

Dibawah program pengajian islam, terdapat beberapa kursus pengajian yang boleh dipohon bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Berikut adalah senarai program pengajian. Klik senarai untuk semak syarat kelayakan, permohonan dan sebagainya. Untuk ke portal rasmi permohonan, KLIK DISINI. 

 

 

Kepada yang tertanya mengenai apa kaitan UM dengan UMCCED, untuk pengetahuan anda UMCCED adalah institusi dibawah milik UM. Semua sijil akademik diberikan oleh UM. Jadi anda tidak perlu risau. Untuk mendapatkan lebih info mengenai program yang ditawarkan, tarikh tutup permohonan, boleh KLIK DISINI. Jika anda ingin mengetahui kelebihan sekiranya anda berjaya dalam permohonan, sila KLIK DISINI. Untuk tahun ini permohonan telah pun ditutup. Anda boleh memohon pada tahun hadapan. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda melanjutkan pengajian dalam kursus dan institusi pilihan. Semoga berjaya kami ucapkan!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail