Afterschool
August 21, 2019
Ramai ke yang berminat untuk sambung belajar ke Universiti Malaya (UM) tetapi gagal dalam permohonan UPU baru-baru ini?. Jangan bersedih, jika sebelum ini kami telah kongsikan cara untuk memohon ke UM tanpa melalui permohonan UPU, menerusi artikel ini kami kongsikan kelebihan jika anda sambung belajar di UM dibawah UMCCED.
Permohonan tanpa melalui UPU
Permohonan ke UM dibawah UMCCED tidak perlu dipohon melalui UPU. Anda boleh terus memohon bagi merebut tempat bagi kursus pengajian yang ditawarkan. Sekiranya anda berminat, boleh klik UMCCED untuk dapatkan info lanjut mengenai kursus pengajian, tarikh permohonan dan sebagainya.
Institusi dibawah Universiti Malaya
Untuk makluman anda, UMCCED merupakan institusi yang dimiliki oleh Universiti Malaya. Ini bermakna sekiranya anda melanjutkan pengajian di sana, sijil akademik yang dianugerahkan selepas tamat pengajian adalah daripada Universiti Malaya sendiri. Jadi, tidak perlu risau mengenai sijil tidak berkualiti dan sebagainya.
Kualiti Pembelajaran
Jika ianya adalah institusi dibawah UM, makanya kualiti pembelajaran tidak perlu dipertikaikan kerana sudah tentu tenaga pengajarnya adalah dalam kalangan pensyarah UM sendiri atau jika tidak sekalipun sudah tentu pemilihan tenaga pengajar dipilih oleh pihak pengurusan UM. Jadi kualiti pembelajarannya setanding kualiti pembelajaran di universiti induk iaitu UM.
Program Diploma Sepenuh Masa
Untuk pengetahuan anda di UM, mereka tidak menawarkan program di peringkat diploma hanya peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah sahaja. Tetapi dibawah UMCCED, program diploma secara sepenuh masa ditawarkan. Kepada lepasan SPM yang berminat boleh terus memohon seterusnya memudahkan laluan untuk melanjutkan pengajian ke UM bagi peringkat pengajian ijazah kelak.
Pembiayaan pendidikan
Sekiranya anda risau mengenai pembiayaan pendidikan, jangan bimbang kerana anda layak memohon pinjaman PTPTN sama seperti pelajar lain yang melanjutkan pengajian di UM. Paling menarik, jika anda berjaya menamatkan pengajian ijazah kelas pertama, pinjaman PTPTN berkenaan akan ditukar kepada biasiswa.
Akhir kata, kepada anda yang berminat melanjutkan pengajian ke UMCCED, boleh KLIK DISINI menyemak kursus pengajian dan sebagainya dan membuat permohonan apabila ianya dibuka kelak. Semoga berjaya kami ucapkan!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.