Afterschool
July 25, 2019
Perhatian : Bagi permohonan UKM IDP pengambilan September 2019, anda boleh KLIK DISINI untuk ke artikel terkini hebahan.
Berita baik kepada anda yang tidak berminat dengan program yang ditawarkan atau gagal dalam permohonan, anda oleh mencuba nasib memohon program UKM International Bachelor Degree ini. Permohonan dilanjutkan hingga ke tarikh yang akan dihebahkan nanti. Jika berminat buat sahaja permohonan.
Sebelum itu, baca dahulu info mengenai program ini. Apa bezanya program ini dengan program pengajian di UKM yang ditawarkan dibawah UPU?. Tiada perbezaanya dan anda akan turut memperolehi kelebihan sama seperti pelajar UKM yang lain kecuali syarat kelayakan masuk adalah lebih rendah berbanding melalui UPU.
Kepada anda yang berminat, berikut adalah kursus ijazah sarjana muda yang ditawarkan dibawah 11 buah fakulti UKM. Seperti mana yang dimaklumkan semua kursus ini adalah kursus yang membuka peluang pekerjaan yang sangat luas selepas tamat pengajian kelak.
Adakah anda berminat dengan kursus yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan umum yang diletakkan?. Jika ya rujuk pula syarat khas program yang ditawarkan seperti berikut. Untuk semak syarat kelayakan bagi STPM/ASASI/MATRIKULASI KLIK DISINI.
Berminat dan memenuhi syarat umum dan khas program yang ditawarkan?. Sebelum membuat keputusan anda perlu menyemak dahulu yuran pengajian. Berikut adalah yuran yang dikenakan. Suka diingatkan yuran yang dikenakan telah mengambil kira kelebihan yang akan diperolehi oleh pelajar seperti program pertukaran pelajar dan sebagainya.
Jika anda berminat bolehlah mengemukakan permohonan boleh terus layari laman rasmi UKM : http://www.ukm.my/pkp/application-procedures/#. Semak senarai kursus dan syarat kelayakan yang ditetapkan. Jika memenuhi syarat bolehlah memohon.
Jika ada sebarang kemusykilan sama ada berkaitan permohonan, syarat kelayakan dan sebagainya anda atau boleh dapatkan info lanjut dengan melayari laman rasmi UKM bagi program ini iaitu :http://www.ukm.my/pkp/application-procedures/# atau boleh menghubungi terus pihak UKM di talian : 03-8921 5331. Semoga berjaya kami ucapkan!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.