Tip Skor A dalam SPM Ulangan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 18, 2021, 10:55 am

Peperiksaan SPM Ulangan bakal berlangsung tidak lama lagi, tentu sahaja sekarang anda tidak mahu gagal untuk kali kedua. Bagaimana untuk pastikan, peperiksaan kali ini anda berjaya memperolehi keputusan yang baik. Menerusi artikel ini kami akan kongsikan tip skor A dalam SPM ulangan. 

 

 

Gagal sekali tidak bermakna gagal buat kali kedua atau gagal selamanya kan?. Untuk mencapai kejayaan setiap perkara yang dibuat mestilah mempunyai strategi. Barulah tidak rasa terbeban, yakin akan kemampuan diri dan tidak stress dan mengalami kemurungan yang melampau. Walaupun sebelum ini korang pernah gagal, ingat itu bukan penghalang kejayaan tetapi penyuntik kepada kejayaan yang lebih baik. Jadi, semak strategi yang kami kongsikan untuk membantu anda berjaya dalam peperiksaan ulangan ini. 

 

#PERTAMA (RANGKA JADUAL DENGAN BETUL)

 

Jadual belajar ini sangat penting. Semua elemen perlu ada iaitu masa rehat, masa belajar, masa makan, subjek manakah yang patut diberi keutamaan dahulu dan sebagainya. Rancang jadual dengan betul supaya otak korang tidak terlalu letih. Jika letih otak itu, ianya tidak akan berfungsi dengan baik. Bila tidak berfungsi dengan baik, semua yang dilakukan adalah sia-sia. Nasihat kami, menjelang hari-hari terakhir sebelum peperiksaan, jangan rujuk sangat buku rujukan. Lebihkan latih tubi soalan. Jadikan buku rujukan hanya sebagai rujukan ketika menjawab soalan sahaja sekiranya korang keliru. Tonton video berkaitan bab tersebut di Youtube untuk lebih mengingati fakta dan memudahkan pemahaman terutamanya subjek membaca seperti sejarah. Jika subjek matematik, tonton video cara paling mudah menyelesaikan permasalahan matematik. Korang boleh praktikkan. 

 

 

#KEDUA (PERSEDIAAN MENTAL UNTUK MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN)

 

Pada hari pertama peperiksaan kelak, korang akan rasa satu perasaan yang lain macam. Mengigil, sakit perut, tangan kaki sejuk dan paling teruk otak gagal berfungsi dengan baik. Korang juga akan cuba untuk mengingati semua bab secara ringkas tetapi memori dihalang oleh penyakit gelabah. Makanya, korang perlukan persediaan mental sebelum melangkah ke dewan peperiksaan kelak. Nasihat kami, buat persediaan yang rapi. Pastikan bawa slip peperiksaan, kad pengenalan diri dan alat tulis yang mencukupi ketika hari peperiksaan. Semua ini penting supaya perkara tersebut tidak mempengaruhi mental korang kelak.

 

 

#KETIGA (KETAHUI KAEDAH MENJAWAB SOALAN DENGAN BETUL)

 

Ini adalah elemen yang paling penting. Tahu jawapan tetapi jawab soalan tidak teratur khususnya soalan adjektif. Memeningkan kepala pemeriksa. Ingat pemeriksa itu manusia bukan robot. Ada ketikanya mereka mengalami gangguan emosi. Sekiranya sewaktu mereka menanda kertas peperiksaan korang kelak, cara korang menjawab soalan menjadi punca bertambahnya tekanan emosi mereka, makanya agak tipis untuk mendapat keputusan yang baik atau kemungkinan gagal terus. Jadinya perlu tahu kaedah menjawab soalan dengan betul. Kaedahnya seperti berikut :

 

  • Pengenalan (diakhir perenggan pengenalan masukkan senarai fakta)
  • Fakta (isi)
  • Huraian dibawah setiap fakta
  • Penutup

 

Cuba lihat artikel yang kami kongsikan ini, ada pembuka bicara, fakta, huraian setiap fakta dan penutup. Macam inilah cara yang betul untuk jawab soalan. Jangan pakai hentam sahaja.

 

#KEEMPAT (LUPAKAN BUKU)

 

Beberapa hari sebelum peperiksaan, sudah tidak sempat nak baca semua bab dalam buku itu.  Fokus pada point penting, kemudian tahu macam mana hendak “goreng” point berkenaan. Goreng sampai jadi sedap bukan goreng yang rasanya seperti digoreng dengan kaki ye!.

 

 

KELIMA (LATIH TUBI SOALAN BERKALI-KALI)

 

Masa yang suntuk jangan gunakan untuk scan buku setiap bab. Sudah terlambat untuk korang kuasai bab berkenaan, caranya adalah dengan soalan latihan. Daripada situ, korang sudah boleh mentafsir bagaimana bentuk soalan dan soalan yang bakal diajukan untuk bab tersebut. Buku itu hanya dijadikan rujukan sahaja sekiranya korang terlupa fakta-fakta penting. Bagaimana hendak dapatkan contoh soalan, rujuk video di youtube. Contoh subjek matematik, kadang kala soalan tidak penting sangat tetapi cara atau teknik yang digunakan untuk menjawab soalan yang penting. Tahu teknik jawab soalan, berilah soalan apa sekalipun korang akan boleh jawab. Jadi tontonlah di Youtube, buat carian mengikut topik setiap bab. Satu lagi tip terbaik daripada kami, cuba scan soalan. Scan soalan sampai ingat, nanti kalau keluar soalan yang sama pastikan terbayang dalam ruangan mata korang. 

 

Akhir kata, selamat maju jaya untuk korang semua. Ingat, orang yang paling berjaya adalah orang yang selalu gagal dan bangkit semula daripada kegagalan itu selain pandao menguruskan masanya terutamanya dalam waktu yang paling singkat!. Untuk info lain berkaitan rujuk artikel dibawah :

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail