Tip & Panduan Permohonan ke Program Cadet Pilot Malaysia Airlines

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 10, 2019, 01:31 am

Berita baik kepada anda yang berminat untuk bekerja dalam industri penerbangan terutamanya sebagai juruterbang, selain Air Asia Cadet Pilot Program, anda boleh mengemukakan permohonan ke program Cadet Pilot Malaysia Airlines. Berikut kami kongsikan hebahannya :

 

 

KELAYAKAN UMUM

  • Warganegara Malaysia
  • Maksimum umur 28 tahun semasa tarikh pemilihan
  • Minimum tinggi 158cm
  • Boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Tahap kesihatan mental dan fizikal yang baik
  • Jarak penglihatan yang baik

 

KELAYAKAN AKADEMIK

  • SPM (atau kelayakan yang setara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia) dengan minimum:
    • (A-) dalam Matematik ATAU Add-Mathematics dan Bahasa Inggeris
    • (A-) dalam Sains ATAU (B) dalam Fizik; dan
    • (B) dalam dua (2) mata pelajaran lain 

ATAU

  • Diploma / Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan Kejuruteraan atau Sains dengan minima:
    • PNGK 3.00; dan
    • SPM (atau kelayakan yang setara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia) dengan minimum (B) dalam Matematik ATAU Matematik Tambahan, Sains ATAU Fizik dan Bahasa Inggeris

 

PROSES PENGAMBILAN

Sekiranya anda berjaya memenuhi syarat kelayakan, pihak MH Airlines akan menghantar emel pelawaan. Keseluruhan proses pengambilan terdiri daripada 4 peringkat;

  • Written
    • Peperiksaan bertulis yang mengandungi soalan Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris. Setiap kertas mengandungi 30 soalan objektif. Penggunaan kalkulator dibenarkan untuk setiap kertas. Kebanyakan soalan adalah SPM past year questions. Anda boleh rujuk SPM past year questions dengan klik disini

  • Interview
    • Untuk sesi temuduga, calon perlu bawah bersama resume terkini, IC, borang permohonan, sijil SPM dan yang berkaitan. Sesi temuduga ini diadakan bertujuan untuk melihat personaliti terutamanya masalah kegugupan, kemahiran komunikasi, pengetahuan am dan sebagainya. Jadi pastikan anda boleh mengawal diri dengan menunjukkan keyakinan diri tetapi jangan terlalu yakin. Jawab soalan yang ditanya dengan baik. Tidak terlalu pasif tetapi tidak jugak terlalu over confident. 

  • Psychometric
    • Ujian psikometrik, penilaian dalam talian. Calon dikehendaki membawa komputer riba sendiri dan link ujian akan diberikan. Penilaian mengandungi 5 ujian:
      • Motivators (10 min) (soalan untuk mengenal pasti personaliti sama ada calon layak menjadi pilot atau sebaliknya)
      • Attention to details (2min) (Terdapat 3 set nombor 6-7 digit dan perlu kenal pasti jika terdapat angka-angka tersebut adalah ganjil atau berulang)
      • Business spelling (5min) (Kenal pasti perkataan yang terdapat kesalahan ejaan)
      • Verbal comprehension (5min) (Perlu mencari perkataan sinonim yang digariskan. Terdapat beberapa perkataan sinonim yang disediakan dan perlu memilih yang mana paling bersesuaian)
      • Real time problem solving (30min) (Ujian untuk menguji keupayaan multitasking dan fokus yang tinggi. Calon dikehendaki menyelesaikan soalan matematik dan pada masa yang sama membalas e-mel)

  • Psychomotor
    • Bagi penilaian terakhir, setiap calon akan diminta membuat ujian sesi simulator 10-15 minit, Jenis pesawat yang diberikan adalah secara rawak. B737-800, B737-400, B777-200, B747-400. Calon akan diminta duduk di kerusi sebelah kanan / kerusi co pilot bersama dan kapten yang bertanggungjawab dan kemahiran mengendalikan pesawat akan dinilai. 

 

Sebaik sahaja selesai semua peringkat ini, calon yang berjaya akan dipanggil untuk taklimat kewangan, perubatan seterusnya mengikuti latihan selama 2 tahun bersama Malaysia Airlines. Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut atau mengemukakan permohonan, sila klik : PERMOHONAN CADET PILOT MALAYSIA AIRLINES. Semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail