Kenapa Anda Perlu Mohon ke Program Cadet Pilot Air Asia 2019?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 20, 2019, 12:25 pm

Kepada yang berminat dan PERCAYA akan rezeki tu bergantung kepada usaha dan takdir hidup boleh cuba memohon menyertai program cadet pilot yang dikendalikan oleh Air Asia ini. 

 

Dijamin ke pekerjaan?. TIDAK dijamin akan ditawarkan sebagai pilot dengan syarikat penerbangan tersebut tetapi peluang yang cerah sekiranya anda berjaya menunjukkan prestasi yang PALING TERBAIK dalam kalangan yang terbaik untuk bekerja bersama Air Asia atau syarikat penerbangan lain. Kalau ada yang kata ingat senang ke hendak jadi pelajar yang terbaik. Ramai yang hebat-hebat. Kalau ada yang terfikir sebegini, TOLONG JANGAN MEMOHON. Nanti duit habis, maruah tergadai. Bukan apa takut dikeji kerana anda kerja di luar bidang. Untuk yang berminat, semak syarat kelayakan :

 

 

Kelayakan Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 28 tahun semasa permohonan dibuat
  • Tinggi minimum 158
  • Fasih dalam bahasa Malaysia dan English (menulis/lisan)
  • Cergas fizikal
  • Tahap penglihatan yang bagus

 

Kelayakan akademik untuk lulusan SPM :

  • Gred  "A" dalam Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Gred "B" dalam Fizik / Gred "A" dalam Sains
  • Gred "B" di mana-mana dua mata pelajaran lain

 

Kelayakan akademik untuk lulusan Diploma atau Ijazah dalam bidang Kejuruteraan / Sains :

  • Memiliki Diploma atau  yang berkaitan dengannya dengan (GPA 3.0 dan ke atas)
  • SPM dengan gred "B" dalam mana-mana 5  mata pelajaran termasuk Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris

 

Kami yakin ada dalam kalangan followers afterschool merupakan bekas pelajar dalam bidang penerbangan tetapi gagal mendapat pekerjaan dalam bidang ini dan menyatakan mereka tertipu dengan program-program seperti ini. Institusi yang menawarkan program penerbangan dikatakan hanya mahu mengaut keuntungan. Ya, ada sesetengahnya memang begitu dan kami sendiri mengakuinya. Jika dilihatkan kepada yuran pengajian, memang program berkaitan bidang penerbangan ini kosnya mahal dan pelajar perlu mengeluarkan pembiayaan sendiri dan ada antaranya mencecah ratusan ribu. Disebabkan itu, tak banyak kursus berkaitan penerbangan ditawarkan oleh institusi awam.

 

Tetapi bagi kami, program yang dijalankan sebenarnya membuka peluang kepada mereka di luar sana untuk mengejar impian sebagai juruterbang. Jika anda katakan tak ada kerja langsung dalam bidang ini, mustahil kerana masih ada yang bekerja. Cuma anda tidak termasuk dalam kalangan mereka yang berjaya ditawarkan itu. 

 

 

Jadi, anda yang tak yakin dengan kebolehan diri sendiri dan rezeki dalam dunia penerbangan dan dalam apa-apa pekerjaan sekalipun, DINASIHATKAN JANGAN cuba-cuba untuk memohon. Nanti anda akan berhutang dan salahkan semua pihak yang terlibat kerana tak dapat kerja dalam bidang yang diambil, sedangkan masih ada yang berjaya ditawarkan pekerjaan termasuk di syarikat-syarikat besar. Berhenti menyalahkan orang lain atas ketidakmampuan diri sendiri. Attitude yang anda tunjukkan sudah cukup jelas membuktikan kenapa anda gagal ditawarkan pekerjaan dalam bidang yang diambil.

 

 

Kami di afterschool takkan menyakinkan anda untuk memohon ke mana-mana kursus sekalipun, kami hanya membantu berkongsikan peluang-peluang kepada mereka yang berminat, yakin dengan diri sendiri dan percaya akan rezeki masing-masing. Kalau kurang yakin tak perlu memohon dan mempengaruhi orang lain. Takkan hanya disebabkan anda gagal dalam bidang ini, anda hendak pukul rata orang lain pun akan gagal juga. Sungguh tidak adil, ingat anda sahaja nak upload gambar pakai baju pilot atau pakai seragam berkaitan penerbangan di media sosial walaupun meluat dengan kursus yang diambil?. 

 

Jadi, pilih institusi yang terbaik dan ada kaitan dengan penerbangan. Tahu bagaimana hendak cari lubang kerja sebelum tamat pengajian bukan selepas tamat pengajian. Berbuat baik dengan semua orang, bukan bodek tapi networking tu penting. Kepada yang berminat boleh layari terus ke laman rasmi permohonan Air Asia cadet pilot dengan klik : PERMOHONAN AIR ASIA CADET PILOT 2019.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail