logo
logo

    Courses

    Institutions

Senarai Pusat Pembelajaran Bertauliah untuk Kursus Profesional Perakaunan CAT & ACCA

Afterschool

Afterschool

November 8, 2017





ACCA merupakan salah satu kelayakan profesional perakaunan yang diiktiraf di seluruh dunia. Tahukah anda bahawa mereka yang memiliki kelayakan profesional ini gajinya lebih lumayan berbanding ijazah perakaunan. Jadi tidak hairanlah majoriti lepasan ijazah perakaunan akan mengambil peperiksaan ACCA supaya hasil kerja mereka lebih diiktiraf oleh majikan sekaligus ditawarkan gaji yang tinggi. 

 

Baru-baru ini telah diumumkan kisah kejayaan pelajar Malaysia yang berjaya dalam peperiksaan ACCA peringkat dunia ini iaitu Wan Nur Mafudah Wan Yusof yang melanjutkan pengajian di Pusat Pendidikan Antarabangsa (INTEC) Shah Alam. Beliau telah mendapat tempat pertama dengan menewaskan pelajar lain dari seluruh dunia. 

 

 

Memandangkan ramai bertanya mengenai pusat pembelajaran bertauliah yang diiktiraf oleh ACCA Global di MALAYSIA, kami kongsikan antara institusi berkenaan kepada anda.  Bolehlah terus melayari laman rasmi mereka dan bandingkan dari segi yuran pengajian dan sebagainya. 

 

   

 

Selain perbandingan dari segi yuran pengajian, anda boleh juga melihat kepada prestasi setiap pusat pembelajaran yang berdaftar di bawah ACCA berdasarkan status Platinum, Gold dan Silver. Platinum adalah tahap paling berprestij, pusat pembelajaran yang memperolehi status platinum ini mematuhi piawaian tertinggi dalam membantu pembelajaran pelajar dan majoriti pelajar mereka memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan ACCA.

 

Status gold pula merupakan pusat pembelajaran yang memenuhi pelbagai sasaran prestasi yang mencabar berkaitan dengan pengurusan keseluruhan institusi, pengurusan dan penyampaian silibus subjek-subjek dibawah ACCA manakala status silver merujuk kepada institusi yang memenuhi semua kriteria yang ditetapkan dan secara aktif bekerjasama untuk memenuhi syarat kelulusan ke peringkat seterusnya iaitu status Gold. 

 

Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk mengikuti kursus persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini, anda boleh memohon kemasukan ke mana-mana pusat pembelajaran pilihan seperti mana yang telah kami kongsikan. Anda juga boleh terus menghubungi atau emel sebarang pertanyaan kepada mereka.

Kepada yang ingin mendapatkan info lengkap dan tip permohonan dalam UPU 2019/2020, boleh muat turun e-book panduan permohonan UPU yang dikongsikan secara PERCUMA. E-book ini adalah inisiatif afterschool untuk membantu anda. Tip yang dikongsikan dapat mengelakkan anda daripada melakukan sebarang kesilapan semasa membuat permohonan. Anda boleh MUAT TURUN SECARA PERCUMA dengan klik pada gambar muat turun dibawah :

 

 

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DALAM PERMOHONAN!

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background