Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2017, 07:19 pm
Berangan-angan untuk memandu kapal terbang, ingin menyarung pakaian seragam juruterbang?. Mahu bergelar "Mr Pilot" pujaan hati gegadis Malaya atau setidak pun menceburi kerjaya berkaitan pesawat?. Kemungkinan impian anda itu bakal terlaksana.
Kami kongsikan kepada anda keseluruhan program pengajian penerbangan yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bermula daripada peringkat diploma hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di Malaysia. Klik pautan berwarna biru untuk menyemak senarai kursus berserta syarat kelayakan program.
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
MALAYSIAN AVIATION TRAINING ACADEMY (MATA)
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda mencapai impian masing-masing. Sebelum membuat pilihan institusi manakah yang terbaik, kami nasihatkan anda untuk merujuk terlebih dahulu struktur yuran pengajian dan peluang pekerjaan bersama industri selepas menamatkan pengajian bagi setiap kursus yang ditawarkan. Maklum sahajalah, yuran pengajian dalam bidang penerbangan ini BUKANNYA MURAH dan peluang pekerjaan sememangnya penting untuk pastikan pelaburan pendidikan dan masa anda tidak sia-sia. Buatlah pilihan yang tepat dan berbaloi. Semoga berjaya kami ucapkan.
Perlukan
bantuan?