logo
logo

    Courses

    Institutions

Semakan Tingkatan 6 Syarat Kelayakan Masuk Form 6

Afterschool

Afterschool

September 8, 2021

Ramai nampaknya yang berminat untuk masuk ke tingkatan 6 tetapi tidak mengetahui banyak infi berkaitan tingkatan 6, terutamanya syarat kelayakan masuk Form 6. Menerusi artikel ini kami kongsikan syarat kelayakan masuk ke tingkatan 6 bagi aliran sains dan sastera. 

SYARAT AM KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 (FORM 6)

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

SYARAT KHAS KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 (FORM 6) MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN

Bidang STEM 

  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Bidang Sains Sosial

  • Sekolah Menengah Harian
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 - MURID BEKERPERLUAN KHAS 

SYARAT KELAYAKAN KHAS KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN

Bidang STEM

  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Bidang Sains Sosial

  • Sekolah Menengah Harian
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Anda juga boleh menyemak struktur pengajian tingkatan 6 (Form 6) STPM, senarai kolej dan sekolah tingkatan 6, panduan tukar bidang pengajian tingkatan 6 atau tukar kolej/sekolah tingkatan 6 dan soal jawab berkaitan tingkatan 6. Anda juga boleh baca artikel STPM Sukar? Fakta atau Mitos?, panduan permohonan ke Tingkatan Enam, struktur lengkap pengajian Tingkatan 6 dan kelebihan dan kelemahan tingkatan 6. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda dan selamat menempuh alam pra universiti dan buatlah yang terbaik untuk masa depan anda.