Afterschool Team
July 10, 2018
Anda tentu pernah terbaca artikel kami mengenai tajuk perbandingan antara pinjaman pendidikan PTPTN dan pinjaman pendidikan dibawah Bank Rakyat (PPBU). Kepada anda yang belum lagi membaca artikel tersebut dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu bagi memastikan anda memenuhi syarat kelayakan permohonan selain memilih pinjaman pendidikan yang berbaloi untuk masa depan anda.
Untuk makluman, permohonan TIER 2 PPBU bagi pengajian peringkat ijazah, master dan PhD telah dibuka dan akan ditutup pada 28 September 2018. Sekiranya anda berminat untuk mengemukakan permohonan, anda perlu mendapat surat tawaran terlebih dahulu sebelum layak untuk memohon. Jika anda sedang menunggu keputusan UPU bagi pengajian ijazah yang akan diumumkan pada akhir bulan ini iaitu 31 Julai 2018, maka anda boleh mengemukakan permohonan selepas keputusan UPU diumumkan. Masa itu sudah ada surat tawaran. Kepada yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat master, PhD atau IPTS dan sudah menerima sudah tawaran, boleh terus memohon.
Kepada yang ingin menyemak syarat kelayakan, panduan permohonan, link permohonan PPBU selain perbandingan antara PTPTN dan PPBU, boleh terus klik pada link berikut : PTPTN versus PPBU. Diharapkan perkongsian ini membantu anda membuat pilihan yang bijak. Semoga berjaya!.