Perbaharuan/Perubahan Terkini dalam Permohonan UPU 2019/2020 yang Wajib Anda Tahu!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 08, 2018, 09:30 am

Pekeliling UPU bagi permohonan sesi 2019/2020 telah dimuat naik oleh pihak UPU. Menerusi artikel ini kami kongsikan info dan perubahan terkini yang wajib anda tahu. Perkongsian ini bagi memastikan tiada sebarang kesilapan dilakukan ketika mengisi permohonan. 

 

Perubahan/info terbaru untuk semua pemohon

 

  • Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian
  • Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA
  • Program pengajian yang melepasi syarat am universiti dan syarat khas program yang telah ditetapkan sahaja akan terpapar dalam senarai pilihan
  • Pemohon yang telah berjaya mengemukakan permohonan boleh membuat semakan permohonan melalui paparan Dashboard di laman utama UPUOnline
  • Sekiranya pemohon gagal ditawarkan, pemohon boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline
  • Program pengajian yang layak dan mempunyai kekosongan tempat sahaja akan terpapar semasa permohonan rayuan dibuat kelak

 

Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan SPM/ Setaraf

 

  • 12 program pengajian boleh dipilih dan pemohon wajib memilih sekurang-kurang 5 program pengajian daripada 12 pilihan.
  • Pemohon perlu mengemaskini pilihan program enam (6) hari selepas keputusan SPM diumumkan. 
  • Jika calon tidak berminat dengan program pengajian di UA/Politeknik Premier, calon boleh skip/tidak mengisi 12 pilihan program tersebut. Calon boleh terus mengisi 5 pilihan program/kursus di Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA dan sebaliknya.
  • Pemohon juga dibenarkan untuk membatalkan salah satu permohonan untuk permohonan ke UA/Politeknik Premier atau Program TVET-ILKA dalam UPUOnline tetapi perlu berhati-hati kerana jika calon membatalkan salah satu permohonan, ia dianggap calon tidak berminat untuk dipertimbangkan dalam pemilihan.
  • Permohonan rayuan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA juga boleh dibuat terus kepada agensi/institusi berkenaan.
  • Hanya 2 pilihan kursus pengajian sahaja dibenarkan dalam permohonan rayuan.
  • Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan UPU diumumkan. 

 

Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan STPM/STAM

 

  • Terdapat 12 pilihan program pengajian
  • Anda hanya dibenarkan untuk memilih program pengajian mulai 15 Mac 2019 iaitu selepas keputusan STPM 2019 diumumkan.
  • Penentuan aliran bagi calon STPM Sains ialah dengan mengambil mana – mana dua (2) subjek berikut di peringkat STPM ;- Matematik M/ Matematik T/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )/ Sains Sukan
  • Anda hanya akan ditawarkan program pengajian dalam pilihan sahaja (Pilihan 1-12).

 

Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan Matrikulasi KPM/Asasi sains UM/Asasi UiTM

 

  • Anda hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester 1 semasa permohonan fasa 1 dibuka.
  • Anda hanya dibenarkan untuk memilih program pengajian mulai 15 Mac 2019
  • Anda dikehendaki mengemaskini permohonan di fasa 2 dengan memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester Akhir dengan pencapaian akademik keseluruhan. 
  • Permohonan Fasa 2 bagi pemohon Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM akan dibuka pada 28 Jun 2019 mulai jam 12.00 tengah hari hingga 02 Julai 2019, jam 11.59 malam.

 

Perubahan/info terbaru khas untuk Lepasan Diploma/Setaraf

 

  • Hanya calon yang tamat pengajian sehingga Ogos sahaja yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan kemasukan pelajar.
  • Calon yang belum tamat dan hanya akan tamat pengajian selepas Jun hingga Ogos 2019 boleh mengemas kini tarikh tamat pengajian dan memuatnaik dokumen terkini semasa permohonan rayuan untuk dipertimbangkan.
  • Pemohon Lepasan Diploma/Setaraf wajib memuatnaik dokumen dalam format PDF setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat.
  • Dokumen perlu dimuatnaik dalam UPUOnline sebelum atau pada 9 April 2019. Kegagalan pemohon memuatnaikkan dokumen yang diperlukan boleh menyebabkan pemohon tidak dapat dipertimbangkan kemasukan ke UA.

 

Apa yang kami kongsikan ini adalah perubahan terkini dalam permohonan UPU 2019/2020 bukan proses permohonan. Untuk panduan permohonan yang lain, akan dikongsikan dalam artikel yang seterusnya. Semoga bermanfaat untuk anda. Buatlah permohonan yang bijak dan jangan ada yang tersilap langkah memilih laluan yang merugikan.

 

Kepada yang ingin mendapatkan info lengkap dan tip permohonan dalam UPU 2019/2020, boleh muat turun e-book panduan permohonan UPU yang dikongsikan secara PERCUMA. E-book ini adalah inisiatif afterschool untuk membantu anda. Tip yang dikongsikan dapat mengelakkan anda daripada melakukan sebarang kesilapan semasa membuat permohonan. Anda boleh MUAT TURUN SECARA PERCUMA dengan klik pada gambar muat turun dibawah :

 

Semoga berjaya!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail