Mohon Biasiswa Taylor's Distinction Award 2019 Menggunakan Keputusan Percubaan SPM 2018

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 16, 2018, 03:50 am

Taylor's Distinction Award 2019 ini adalah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik dalam peperiksaan percubaan SPM. 

 

 

Sekiranya pelajar berjaya ditawarkan biasiswa ini, mereka akan mengikuti program pra-universiti di Taylor's College atau Taylor's University bermula pada pengambilan bulan Januari dan Mac 2019. Apakah kelayakan minimum sekiranya pelajar berminat untuk memohon?. Sekiranya berminat, pemohon mestilah pelajar tahun SPM semasa 2018 dan telah mencapai sekurang-kurangnya minimum 3A dalam peperiksaan percubaan untuk memohon ke program Diploma dan sekurang-kurangnya 4A untuk Program pra-universiti (foundation atau American Degree Program).

 

Jumlah pembiayaan biasiswa pula bermula dengan jumlah RM2,000 hingga 100% pengecualian yuran pengajian, bergantung pada kursus dan keputusan peperiksaan pemohon. Sekiranya mereka memperolehi keputusan yang lebih cemerlang, jumlah biasiswa yang ditawarkan akan lebih tinggi. 

 

Kepada yang berminat untuk mengemukakan permohonan menggunakan keputusan percubaan SPM masing-masing, boleh terus KLIK DISINI untuk ke bahagian biasiswa Afterschool. Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Oktober 2018.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail