Ketahui Persediaan untuk Mengambil Peperiksaan IELTS di Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 06, 2017, 05:47 pm

IELTS merujuk kepada International English Languange Testing System. Ianya adalah ujian kelayakan Bahasa Inggeris yang diiktiraf di seluruh dunia dan ujian ini diletakkan sebagai syarat kelayakan bahasa oleh majoriti universiti dan majikan sama ada untuk melanjutkan pengajian atau memohon pekerjaan ke luar negara.

 

 

Tidak kira apa sahaja tujuan anda sama ada untuk melanjutkan pengajian atau memohon pekerjaan, persoalannya bagaimana hendak mengambil peperiksaan ini dan apakah persediaan yang boleh dilakukan untuk memastikan anda memperolehi skor yang cemerlang.

 

 

Untuk membantu anda membuat persediaan, kami nasihatkan anda untuk mendaftar dibawah British Council Malaysia. Mereka adalah institusi utama yang mengendalikan peperiksaan ini dan pada masa yang sama turut menawarkan bantuan pembelajaran menerusi 3 kursus bertepatan dengan matlamat masing-masing. Berikut adalah 3 kategori kursus yang boleh diikuti oleh anda :

 

 Kursus Intensif SMART IELTS  

Dibawah kursus ini ianya sesuai untuk anda yang ingin menguasai Bahasa Inggeris secara keseluruhannya. Ianya sesuai untuk anda yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa bagi tujuan melanjutkan pengajian atau pekerjaan. Ramai dalam kalangan anda yang tidak mahu mengakui bahawa anda lemah dalam sesetengah aspek seperti penguasaan dari segi tatabahasa, sebutan dan sebagainya.  Maka, sebelum mendaftar dibawah kursus ini anda akan diminta untuk menjalani ujian bagi mengukur tahap penguasaan bahasa inggeris. Skala tahap penguasaan bermula pada skala 1 sehingga skala 6. Hasil keputusan ujian berkenaan akan menunjukkan tahap penguasaan anda sekaligus pihak British Council akan menfokuskan kepada kelemahan anda dan membantu anda menguasai aspek berkenaan dengan jayanya.

 

Kursus Persediaan IELTS SEPARUH MASA

 

Kursus ini sesuai untuk anda yang berkerjaya tetapi ada masa yang sama ingin mengambil peperiksaan IELTS bagi meningkatkan peluang dalam kerjaya masing-masing atau anda yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat pra universiti sebagai persediaan memohon melanjutkan pengajian ke luar negara dalam pengajian ijazah kelak. Sesi pembelajaran hanya akan diadakan pada hujung minggu sahaja. Jadi ianya fleksibel sesuai dengan masa anda.

 

Kursus Persediaan IELTS Saat Akhir

 

Kepada anda yang sudah pun mendaftar tetapi masih tidak yakin akan berjaya dalam peperiksaan ini dan masih perlukan bantuan bagi menghadapi persediaan di saat akhir, anda boleh mendaftar dibawah kursus ini. Kursus ini akan diadakan selama seminggu sahaja iaitu 10 jam keseluruhan pembelajaran. Tenaga pengajar akan berkongsikan tip penting, strategi ujian,  ulangkaji soalan ramalan dan soalan tahun-tahun sebelumnya meliputi semua komponen dalam peperiksaan IELTS : membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Dengan persediaan di saat akhir ini, anda pasti akan lebih berkeyakinan semasa menduduki peperiksaan ini.

 

 

Sekiranya, anda berminat dengan cadangan kami ini anda boleh terus mendaftar bersama British Council. Terdapat 3 cawangan British Council iaitu British Council Kuala Lumpur, British Council Penang dan British Council Mutiara Damansara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ketiga-tiga kursus ini, anda boleh terus mendaftar dibawah pautan dibawah. Pihak mereka akan menghubungi anda dengan kadar yang segera.

 

Daftar  untuk kursus bahasa Inggeris secara sepenuh masa

Daftar untuk kursus persediaan IELTS

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail