logo
logo

    Courses

    Institutions

Harga Nombor Unik ID UPU BSN Tidak Berubah, Masih RM15.64!

Afterschool

Afterschool

February 7, 2018





Apa sudah jadi?. Harga PIN UPU tidak berubah sama sekali. Masih berharga RM15.64. Ramai yang bertanya kepada kami kenapa nombor pin berkenaan tidak berubah?. Maaf afterschool tidak ada jawapan untuk itu. Sebelum ini menerusi artikel yang dikongsikan mengenai harga nombor pin berkenaan ianya dikongsikan sendiri oleh UPU dan dihebahkan juga di laman rasmi facebook mereka. Bolehklik disiniuntuk baca artikel perubahan berkenaan.

 

 

Jadi pihak yang sesuai untuk menjawab persoalan anda itu bukan pihak afterschool tetapi pihak UPU sendiri. Kami sendiri juga agak terkejut kenapa perlu hebahkan penurunan harga sekiranya tidak dilaksanakan. Untuk memecahkan kebuntuan terhadap persoalan itu, kami menghubungi pihak UPU untuk mendapatkan penjelasan. Mereka memaklumkan bahawa, pihak BSN masih mengenakan caj yang sama tanpa pemansuhan caj GST. Bermaksud harga tidak berubah. 

 

Jika tidak berubah kenapa hebahkan kepada pemohon?. Bukankah itu memberi harapan palsu. Walapun sekadar 4 sen sahaja dikurangkan tetapi tetap sahaja berbeza dengan nilai jualan sebenar. Kami sendiri pun menerima tempias berkenaan kerana dianggap menipu. Hebahkan berita yang palsu. Pihak pegawai UPU yang dihubungi memaklumkan ianya sekarang dalam peringkat perbincangan mengenai harga nombor pin berkenaan. Berbincang?. Untuk apa sedangkan nombor pin itu sudah pun dijual. Takkan nak pulangkan semula kepada pemohon yang telah pun membuat pembelian?.

 

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi penerangan yang lebih jelas sekaligus membersihkan nama AFTERSCHOOL. Untuk anda yang masih tidak berpuas hati, boleh terus menghubungi UPU di talian berikut :03-8870 8200/6767/ 6777. Pegawai yang dihubungi memaklumkan, anda boleh terus hubungi mereka untuk dapatkan penjelasan lanjut. 

 

Kepada yang ingin mendapatkan info lengkap dan tip permohonan dalam UPU 2018/2019, boleh muat turun e-book panduan permohonan UPU yang dikongsikan secara PERCUMA. E-book ini adalah inisiatif afterschool untuk membantu anda. Tip yang dikongsikan dapat mengelakkan anda daripada melakukan sebarang kesilapan semasa membuat permohonan. Anda boleh MUAT TURUN SECARA PERCUMA dengan klik pada gambar muat turun dibawah :

 

 

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DALAM PERMOHONAN!

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background